Connect with us

Antarabangsa

Setiausaha Agung OIC kecam rancangan pembakaran al-Quran di Sweden

Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Hissein Brahim Taha mengutuk sekeras-kerasnya rancangan pembakaran al-Quran pada Khamis semasa protes di luar Kedutaan Iraq di Stockholm dan menyifatkan ia sebagai tindakan provokasi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Setiausaha Agung OIC kecam rancangan pembakaran al-Quran di Sweden
Foto: Penunjuk perasaan, Salwan Momika semasa di luar kedutaan Iraq di Stockholm, Sweden pada Khamis.
  • Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Hissein Brahim Taha, mengutuk sekeras-kerasnya rancangan pembakaran al-Quran pada Khamis semasa protes di luar Kedutaan Iraq di Stockholm dan menyifatkan ia sebagai tindakan provokasi.
  • Menurut laporan Arab News, Hissein kini sedang berunding dengan negara anggota OIC mengenai komunike (kenyataan rasmi) terakhir yang dikeluarkan oleh jawatankuasa eksekutif organisasi itu pada 2 Julai, yang menyatakan bahawa tindakan provokatif seperti membakar teks agama melanggar semangat Perjanjian Antarabangsa pada Hak Sivil dan Politik dan tidak boleh dibenarkan oleh hak kebebasan bersuara atau pendapat. 
  • Terdahulu, penunjuk perasaan dilaporkan marah terhadap pembakaran al-Quran yang dirancang, menyerbu pintu Kedutaan Sweden di ibu negara Iraq, Baghdad, telah membakar sebahagian bangunan itu sebelum mereka disuraikan pasukan keselamatan.

RIYADH – Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Hissein Brahim Taha mengutuk sekeras-kerasnya rancangan pembakaran al-Quran pada Khamis semasa protes di luar Kedutaan Iraq di Stockholm dan menyifatkan ia sebagai tindakan provokasi.

Menurut laporan Arab News, Hissein kini sedang berunding dengan negara anggota OIC mengenai komunike (kenyataan rasmi) terakhir yang dikeluarkan jawatankuasa eksekutif organisasi itu pada 2 Julai lalu, yang menyatakan tindakan provokatif seperti membakar teks agama melanggar semangat Perjanjian Antarabangsa pada Hak Sivil dan Politik dan tidak boleh dibenarkan oleh hak kebebasan bersuara atau pendapat. 

Perundingan itu akan mempertimbangkan langkah-langkah yang mungkin untuk mencegah perbuatan tersebut.

Beliau menyatakan kekecewaan mendalam bahawa pihak berkuasa Sweden terus memberikan kebenaran untuk protes yang mungkin termasuk mencemarkan simbol agama seperti kitab suci umat Islam, walaupun ia berkemungkinan mengakibatkan menjadi serius, dan menekankan fakta bahawa Majlis Hak Asasi Manusia PBB baru-baru ini menerima pakai resolusi mengenai “menentang kebencian agama yang membentuk hasutan kepada diskriminasi, permusuhan atau keganasan”.

Beliau juga menekankan kepentingan mematuhi prinsip undang-undang antarabangsa dan menggesa pihak berkuasa Sweden menghentikan pemberian kebenaran kepada kumpulan dan individu pelampau untuk melakukan aktiviti provokatif dan berpotensi berbahaya itu. 

Beliau turut menyeru kerajaan negara mengambil tindakan bagi mengelak sebarang tindakan yang memburukkan keadaan.

Dalam pada itu, protes di Stockholm melibatkan dua lelaki masih diteruskan. CNN melaporkan bahawa pihaknya tidak memerhatikan mana-mana mushaf al-Quran dibakar, namun ditendang dan dirosakkan. 

Terdahulu, penunjuk perasaan dilaporkan marah terhadap pembakaran al-Quran yang dirancang, menyerbu pintu Kedutaan Sweden di ibu negara Iraq, Baghdad, telah membakar sebahagian bangunan itu sebelum mereka disuraikan pasukan keselamatan.

Sumber: Arab News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *