Connect with us

Terkini

Tun M dakwa ramai kenamaan Melayu dalam ketakutan

Ramai individu daripada golongan kenamaan Melayu didakwa berada dalam ketakutan kerana bimbang dikenakan tindakan termasuk saman dan pendakwaan di mahkamah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Tun M dakwa ramai kenamaan Melayu dalam ketakutan
Foto: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Ramai golongan kenamaan Melayu didakwa berada dalam ketakutan kerana bimbang dikenakan tindakan termasuk saman dan pendakwaan di mahkamah.
  • Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kelompok itu takut sekiranya ada pihak tertentu mengadakan laporan polis terhadap mereka dan perlu berdepan siasatan.
  • “Saya dapati ramai orang kenamaan Melayu berada dalam ketakutan. Mereka tidak senang dengan prestasi Kerajaan sekarang. 
  • “Banyaklah sebab-sebab yang mereka berpendapat Kerajaan sekarang tidak baik. Mereka menyatakan ini apabila ditemui.
  • “Tetapi mereka enggan menyertai sebarang gerakan yang memiliki pendapat yang sama dengan mereka kerana takut jika mereka dikenal pasti oleh Kerajaan, tindakan akan diambil terhadap mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

KUALA LUMPUR — Ramai individu daripada golongan kenamaan Melayu didakwa berada dalam ketakutan kerana bimbang dikenakan tindakan termasuk saman dan pendakwaan di mahkamah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kelompok itu takut sekiranya ada pihak tertentu mengadakan laporan polis terhadap mereka dan perlu berdepan siasatan.

“Saya dapati ramai orang kenamaan Melayu berada dalam ketakutan. Mereka tidak senang dengan prestasi Kerajaan sekarang. 

“Banyaklah sebab-sebab yang mereka berpendapat Kerajaan sekarang tidak baik. Mereka menyatakan ini apabila ditemui.

“Tetapi mereka enggan menyertai sebarang gerakan yang memiliki pendapat yang sama dengan mereka kerana takut jika mereka dikenal pasti oleh Kerajaan, tindakan akan diambil terhadap mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis. 

Dr Mahathir turut mendakwa ada di antara kenamaan itu takut jawatan mereka ditukar kepada posisi lebih rendah atau dilucutkan selain kontrak mereka ditarik semula ataupun diganggu.

Beliau berkata terdapat juga ugutan diterima di mana kereta polis akan dihantar di hadapan rumah golongan kenamaan itu dan ia menyebabkan mereka takut dimasukkan dalam tahanan polis.

Katanya, sekalipun tiada caj (pendakwaan) dikenakan, namun sekiranya mana-mana individu dimasukkan dalam tahanan walaupun hanya untuk beberapa hari akan berdepan tekanan jiwa yang amat teruk.

“Sekarang Perdana Menteri ugut untuk dedah kertas siasatan polis berkenaan menteri-menteri UMNO yang lama. Ini adalah satu salah guna kuasa.

“Kalau hendak dedah, dedah semualah. Dedah berkenaan menteri sekarang pun. Saya tahu ada kertas siasatan terhadap Anwar sendiri, walaupun saya tidak lihat. 

“Polis bagi tahu saya semasa saya Perdana Menteri. Undang-undang dibuat untuk semua orang, bukan untuk parti lawan sahaja,” katanya.

Dr Mahathir turut mempersoalkan sama ada ‘ugutan’ dan tindakan seperti itu dibenarkan dalam demokrasi.

Katanya, siasatan polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) perlu dilakukan, bagaimanapun ia bukan untuk ugutan politik.

Beliau berkata sekiranya benar didapati ada jenayah maka tindakan undang-undang hendaklah dikenakan, namun amat tidak bertanggungjawab jika ia digunakan untuk politik parti.

“Siasatan oleh polis dan MACC perlu dilakukan. Tetapi dianya bukan untuk ugutan politik. Jika benar ada jenayah tindakan undang-undang hendaklah diambil. Amatlah tidak bertanggungjawab jika diguna untuk politik parti,” katanya. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Dr. Mahathir bin Mohamad

Author