Connect with us

Antarabangsa

Angkara cinta tiga segi, lelaki Thai tembak isteri ketiganya di kedai Bundle

Seorang lelaki warga Thailand bertindak menembak isteri ketiganya di sebuah kedai ‘t-shirt bundle’ di wilayah Pathum Thani, di Bangkok.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Angkara cinta tiga segi, lelaki Thai tembak isteri ketiganya di kedai Bundle
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang lelaki warga Thailand bertindak menembak isteri ketiganya di sebuah kedai ‘t-shirt bundle’ di wilayah Pathum Thani, di Bangkok.
  • Beliau yang berbuat demikian kerana cemburu telah membawa mangsa ke hospital selepas insiden itu.
  • Mangsa adalah seorang wanita berusia 27 tahun bernama Araya Aumsart dikejarkan ke hospital sebelum ketibaan polis, kata saksi.  
  • Lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan itu pula dikatakan adalah suami kepada Araya iaitu Chonkawee Deechan, 38.
  • Insiden ganas itu didakwa berpunca dari Chonkawee yang mempercayai isteri ketiganya itu menjalinkan hubungan sulit dan berniat meninggalkannya demi lelaki kedua itu.

Seorang lelaki warga Thailand bertindak menembak isteri ketiganya di sebuah kedai ‘t-shirt bundle’ di wilayah Pathum Thani, di Bangkok.

Beliau yang berbuat demikian kerana cemburu telah membawa mangsa ke hospital selepas insiden itu.

Thaiger melaporkan pegawai Balai Polis Mueang Nakhon Pathom yang bertanggungjawab menyiasat kes di bangunan tiga setengah tingkat itu, tiba di tempat kejadian dengan kesan darah kelihatan di hadapan bangunan itu.

Mangsa adalah seorang wanita berusia 27 tahun bernama Araya Aumsart dikejarkan ke hospital sebelum ketibaan polis, kata saksi. 

Lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan itu pula dikatakan adalah suami kepada Araya iaitu Chonkawee Deechan, 38.

Araya dilaporkan berada dalam keadaan yang serius kerana peluru tembakan masih berada di tengkoraknya.

Pegawai Polis di Balai Polis Mueang Nakhon Pathom, Phuphon Thapcharoen berkata isteri pertama dan kedua tinggal bersama Chonkawee, manakala isteri ketiga yang ditembaknya itu kadang-kadang sahaja tinggal bersamanya.

Berdasarkan undang-undang, Chonkawee akan berhadapan separuh daripada hukuman Seksyen 288 iaitu Undang-undang Jenayah membunuh yang menetapkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara dari 15 hingga 20 tahun.

Bagi pemilikan pistol tanpa permit pula, Chonkawee akan berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda sehingga 20,000 baht, atau kedua-duanya sekali. 

Insiden ganas itu didakwa berpunca dari Chonkawee yang mempercayai isteri ketiganya itu menjalinkan hubungan sulit dan berniat meninggalkannya demi lelaki kedua itu.

Sumber: Thaiger

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *