Antarabangsa
Itali buang nama ibu lesbian dari sijil lahir anak
Itali memulakan tindakan membanteras pasangan sejenis untuk menjadi ‘ibu bapa’ dengan membuang nama pasangan lesbian dari sijil kelahiran anak, demikian lapor Pink News dan Daily Mail.
- Itali mula membuang nama pasangan lesbian dari sijil kelahiran anak, meninggalkan hanya nama ibu kandung sahaja sebagai penjaga yang sah.
- Perdana Menterinya, Giorgia Meloni berkata undang-undang negara itu tidak membenarkan seorang anak mempunyai dua ibu.
- Setakat ini, 27 pasangan yang menjaga 33 kanak-kanak di bandar utara Padua telah menerima surat amaran.
- Ramai pasangan lesbian berjaya memperoleh ‘anak kandung’ melalui kaedah persenyawaan dengan sperma dari lelaki lain.
Itali memulakan tindakan membanteras pasangan sejenis untuk menjadi ‘ibu bapa’ dengan membuang nama pasangan lesbian dari sijil kelahiran anak, demikian lapor Pink News dan Daily Mail.
Perdana Menterinya, Giorgia Meloni berkata undang-undang negara itu tidak membenarkan seorang anak mempunyai dua ibu.
Setakat ini, 27 pasangan yang menjaga 33 kanak-kanak di bandar utara Padua telah menerima surat amaran.
Ramai pasangan lesbian berjaya memperoleh ‘anak kandung’ melalui kaedah persenyawaan dengan sperma yang didermakan oleh lelaki lain.
Kerajaan Meloni kini memulakan usaha untuk membuang nama pasangan lesbian dari sijil kelahiran anak berkenaan, meninggalkan hanya nama ibu kandungnya sahaja sebagai penjaga sah.
Jika suatu hari nanti ibu kandung berkenaan meninggal dunia, pasangan lesbiannya tidak berhak untuk mengambil alih tanggungjawab sebagai penjaga.
Tampuk pentadbiran Itali diambil alih kerajaan gabungan berhaluan kanan pada tahun lalu, yang dipimpin Meloni selaku wanita pertama memegang jawatan Perdana Menteri negara itu.
Selepas memenangi pilihan raya, Meloni menyuarakan penentangannya terhadap apa yang disifatkannya sebagai “ideologi jantina” dan “lobi LGBT”.
Sumber: Pink News, Daily Mail