Connect with us

Terkini

‘Apa sahaja Kerajaan Pusat nak buat pada MB, tidak akan berhasil tanpa izin Allah’ – Isteri Sanusi

“Apa sahaja Kerajaan Pusat atau orang lain nak buat pada MB (Muhammad Sanusi) dia takkan berhasil tanpa izin Allah,” demikian reaksi isteri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor susulan penahanan suaminya pada awal pagi Selasa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

'Apa sahaja Kerajaan Pusat nak buat pada MB, tidak akan berhasil tanpa izin Allah’ – Isteri Sanusi
Foto: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor (tengah) ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim Kepala Batas, Kedah.
  • “Apa sahaja Kerajaan Pusat atau orang lain nak buat pada MB (Muhammad Sanusi) dia takkan berhasil tanpa izin Allah,” demikian reaksi isteri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor susulan penahanan suaminya pada awal pagi Selasa.
  • Jusmalailani Jusoh yang juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Isteri Wakil-wakil Rakyat Kedah (PIKAT) berkata, doa adalah senjata paling utama bagi individu Islam, khususnya daripada individu terdekat dengan suaminya iaitu beliau sendiri.
  • Jusmalailani berkata Allah mengingatkan setiap daripada manusia mempunyai dugaan yang berbeza dan mengikut kemampuan masing-masing, bagaimanapun dugaan itu tidak akan melebihi kemampuan individu tersebut.
  • The Merdeka Times mendapati rata-rata netizen menyifatkan Jusmalailani sebagai wanita yang hebat dan kuat kerana masih mampu berucap dengan tenang sedangkan ketika itu suaminya, Muhammad Sanusi ditahan anggota penguatkuasa.

KUALA LUMPUR — “Apa sahaja Kerajaan Pusat atau orang lain nak buat pada MB (Muhammad Sanusi) dia takkan berhasil tanpa izin Allah,” demikian reaksi isteri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor susulan penahanan suaminya pada awal pagi Selasa.

Jusmalailani Jusoh yang juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Isteri Wakil-wakil Rakyat Kedah (PIKAT) berkata, doa adalah senjata paling utama bagi individu Islam, khususnya daripada individu terdekat dengan suaminya iaitu beliau sendiri.

Katanya, susulan daripada insiden penahanan suaminya, beliau menerima pelbagai mesej yang memintanya untuk kuat dan bertahan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan berada dalam keadaan baik-baik sahaja menyebabkan semua individu terkejut dengan kekuatan dimilikinya.

“Itu adalah anugerah Allah bila Allah bagi kita dugaan, maka Allah bagi juga kelapangan pada diri kita.

“Yang penting selalu amalkan ayat yang selalu diberi oleh ustazah Asma Harun yang ini saya selalu amalkan bila celik saja mata kita kata syukur Alhamdulillah aku masih lagi hidup hari ini dan amalkan ayat ini tuan-tuan dan puan-puan serahkan diri kita, suami kita anak-anak kita dan kehidupan kita pada Allah yang merancang,” katanya dalam video dimuat naik pemilik TikTok @mujahidahsolehah pada Selasa.

Jusmalailani berkata Allah mengingatkan setiap daripada manusia mempunyai dugaan yang berbeza dan mengikut kemampuan masing-masing, bagaimanapun dugaan itu tidak akan melebihi kemampuan individu tersebut.

The Merdeka Times mendapati rata-rata netizen menyifatkan Jusmalailani sebagai wanita yang hebat dan kuat kerana masih mampu berucap dengan tenang sedangkan ketika itu suaminya, Muhammad Sanusi ditahan anggota penguatkuasa.

Seorang pengguna TikTok, @Kak Fizah HiO berkata, Kekuatan seorang suami pasti dibelakang nya berdiri seorang isteri yang hebat.”

Terdahulu, Muhammad Sanusi ditahan sepasukan polis jam 3 pagi semalam di sebuah hotel di ibu negara selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional di Publika.

Beliau yang didakwa atas dua pertuduhan menghasut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang semalam berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik minggu lalu.

Hakim dilaporkan media tempatan membenarkan Muhammad Sanusi diikat jamin dengan wang jaminan masing-masing sebanyak RM5,000 dan memerintahkan beliau tidak mengeluarkan komen mengenai kes ini sehingga ia selesai.

Dalam pada itu, tular video di media sosial memaparkan kepulangan Muhammad Sanusi di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim Kepala Batas, Kedah pada petang semalam disambut lautan manusia bersama isterinya. — The Merdeka Times

Sumber : TikTok @mujahidahsolehah

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *