Connect with us

Antarabangsa

Lapan veteran tentera laut India dituduh menjadi perisik Israel di Qatar

Lapan warga India, yang pernah berkhidmat cemerlang dengan Tentera Laut India dalam pelbagai jawatan, ditahan di Qatar sejak tahun lalu kerana tuduhan mengintip, termasuk berdepan hukuman mati.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lapan veteran tentera laut India dituduh menjadi perisik Israel di Qatar
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lapan warga India, yang pernah berkhidmat cemerlang dengan Tentera Laut India dalam pelbagai jawatan, ditahan di Qatar sejak tahun lalu kerana tuduhan mengintip, termasuk berdepan hukuman mati.
  • Menurut laporan The Wire, lapan bekas anggota Tentera Laut India itu didakwa mengintip untuk Israel dan pihak berkuasa Qatar dikatakan memiliki bukti elektronik mengenai hal tersebut.
  • Mereka antara veteran Tentera Laut India yang diambil bekerja oleh Dahra Global Technologies untuk mengusahakan projek yang sangat sensitif untuk membina kapal selam kerdil berasaskan teknologi Itali dengan ciri-ciri tersembunyi.

New Delhi: Lapan warga India, yang pernah berkhidmat cemerlang dengan Tentera Laut India dalam pelbagai jawatan, ditahan di Qatar sejak tahun lalu kerana tuduhan mengintip, termasuk berdepan hukuman mati.

Mereka ialah Kapten Navtej Singh Gill, Kapten Birendra Kumar Verma, Kapten Saurabh Vasisht, Komander Amit Nagpal, Komander Purnendu Tiwari, Komander Sugunakar Pakala, Komander Sanjeev Gupta dan seorang pelayar, Ragesh.

Menurut laporan The Wire, lapan bekas anggota Tentera Laut India itu didakwa mengintip untuk Israel dan pihak berkuasa Qatar dikatakan memiliki bukti elektronik mengenai hal tersebut.

Mereka antara veteran Tentera Laut India yang diambil bekerja oleh Dahra Global Technologies untuk mengusahakan projek yang sangat sensitif untuk membina kapal selam kerdil berasaskan teknologi Itali dengan ciri-ciri tersembunyi.

Memetik sumber rasmi India, ANI melaporkan “kes itu kini telah diambil pada tahap tertinggi oleh agensi India tetapi kerajaan Qatar tidak menunjukkan sebarang tanda untuk bertolak ansur dengan isu itu”. 

Sumber memberitahu agensi berita terdapat kemungkinan bekas pegawai Tentera Laut India diperangkap agensi perisikan Pakistan.

Tuduhan turut dikenakan ke atas dua warga Qatar, termasuk bekas pegawai Tentera Udara Oman, Khamis al-Ajmi, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Dahra Global. 

Ketua Operasi Ketenteraan Antarabangsa Qatar, Mej Jen Tariq Khalid Al Obaidly adalah warga Qatar lain yang akan didakwa, menurut The Tribune.

Pekerja dimaklumkan syarikat itu menutup operasi pada akhir Mei lalu dan mereka akan dibayar pakej pemecatan mengikut syarat kontrak.

Sumber: The Wire

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *