Antarabangsa
Seramai 2,027 mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan polis Indonesia
Polis Negara (POLRI) berjaya menyelamatkan seramai 2,027 mangsa pemerdagangan manusia sepanjang tempoh Jun hingga bulan ini.
- Polis Negara (POLRI) berjaya menyelamatkan seramai 2,027 mangsa pemerdagangan manusia sepanjang tempoh Jun hingga bulan ini.
- Timbalan Ketua Polis Jakarta, Brigadier Jeneral Suyudi Ario Seto, berkata pihak berkuasa itu mengendalikan 12 daripada 445 kes pemerdagangan manusia yang direkodkan setakat ini.
- “Seramai 14 suspek ditahan, manakala 55 daripada 2,027 mangsa kes pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan oleh anggota pasukan keselamatan.
- Bulan lalu, polis Indonesia menahan seramai 642 suspek yang dipercayai terbabit dalam sindiket pemerdagangan manusia.
- Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kebangsaan, Brigadier Jeneral Djuhandhani Rahardjo Puro, dilaporkan berkata polis mengesan 533 kes pemerdagangan manusia membabitkan 642 suspek.
JAKARTA – Polis Negara (POLRI) berjaya menyelamatkan seramai 2,027 mangsa pemerdagangan manusia sepanjang tempoh Jun hingga bulan ini.
Timbalan Ketua Polis Jakarta, Brigadier Jeneral Suyudi Ario Seto, berkata pihak berkuasa itu mengendalikan 12 daripada 445 kes pemerdagangan manusia yang direkodkan setakat ini.
“Seramai 14 suspek ditahan, manakala 55 daripada 2,027 mangsa kes pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan oleh anggota pasukan keselamatan.
“Kes pemerdagangan manusia adalah masalah serius dan Indonesia komited untuk melindungi pekerja migrannya daripada menjadi mangsa pemerdagangan,” katanya ketika ditemui.
Bulan lalu, polis Indonesia menahan seramai 642 suspek yang dipercayai terbabit dalam sindiket pemerdagangan manusia.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kebangsaan, Brigadier Jeneral Djuhandhani Rahardjo Puro, dilaporkan berkata polis mengesan 533 kes pemerdagangan manusia membabitkan 642 suspek.
“Pasukan khas bagi pemerdagangan manusia ditubuhkan awal bulan Jun susulan arahan Presiden Joko Widodo yang turut memulakan maklum balas bagi memerangi sindiket terbabit di rantau ini.
“Beliau menyuarakan perkara berkenaan ketika di platform Persidangan ASEAN yang dipengerusikan Indonesia, baru-baru ini,” katanya. – AGENSI
Sumber: Berita Harian