Connect with us

Antarabangsa

AS belum bersedia berperang dengan Russia – Rumah Putih

Ukraine perlu memenuhi syarat-syarat tertentu, termasuk menamatkan konfliknya dengan Russia, sebelum ia boleh menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), kata Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS), Jake Sullivan. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

AS belum bersedia berperang dengan Russia – Rumah Putih
Foto: Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS), Jake Sullivan.
  • Ukraine perlu memenuhi syarat-syarat tertentu, termasuk menamatkan konfliknya dengan Russia, sebelum ia boleh menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
  • Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS), Jake Sullivan berkata NATO komited menerima penyertaan Kiev walaupun tiada jemputan rasmi atau garis masa dikemukakan untuk Ukraine menjadi negara anggota semasa sidang kemuncak NATO minggu lalu di Vilnius, Lithuania.
  • Jurucakap Rumah Putih itu berkata penerimaan langsung Ukraine ke dalam perikatan itu pada saat ini akan menyebabkan peperangan langsung tercetus antara NATO dengan Russia.
  • Kiev menegaskan segala syarat telah dipenuhi untuk melengkapkan penyertaan ke dalam blok pimpinan AS itu dan kini mereka keliru dan tertanya apa lagi yang perlu mereka lakukan.

Ukraine perlu memenuhi syarat-syarat tertentu, termasuk menamatkan konfliknya dengan Russia, sebelum ia boleh menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), kata Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS), Jake Sullivan. 

Sullivan menegaskan NATO komited menerima penyertaan Kiev walaupun tiada jemputan rasmi atau garis masa dikemukakan untuk Ukraine menjadi negara anggota semasa sidang kemuncak NATO minggu lalu di Vilnius, Lithuania.

Menurutnya, masa depan Ukraine dalam NATO jelas dan perkara itu tidak memerlukan rundingan lanjut atau persetujuan mana-mana pihak lagi.

“(Penyertaan Ukraine) Itu sesuatu yang telah mendapat komitmen 31 sekutu NATO,” kata Sullivan merujuk kepada kenyataan dikeluarkan pada penutup kemuncak persidangan itu dipetik RT.

Dalam kenyataan tersebut, kesemua anggota NATO berikrar untuk menerima Ukraine ke dalam blok pakatan itu setelah beberapa syarat dipenuhi kelak.

Jurucakap Rumah Putih itu berkata penerimaan langsung Ukraine ke dalam perikatan itu pada saat ini akan menyebabkan peperangan langsung tercetus antara NATO dengan Russia.

“NATO mahupun Amerika Syarikat tidak bersedia untuk perkara itu (peperangan dari terjadi),” katanya.

Kiev menegaskan segala syarat telah dipenuhi untuk melengkapkan penyertaan ke dalam blok pimpinan AS itu dan kini mereka keliru dan tertanya apa lagi yang perlu mereka lakukan.

Sumber: RT

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *