Antarabangsa
Aktivis gantung diri selepas didapati miliki 70,000 video lucah kanak-kanak
Seorang aktivis Antifa (anti fasis) membunuh diri selepas polis menemui 70,000 rakaman lucah kanak-kanak dalam satu serbuan di rumahnya di Hungary, demikian lapor Remix.
- Seorang aktivis Antifa (anti fasis) membunuh diri selepas polis menemui 70,000 rakaman lucah kanak-kanak dalam satu serbuan di rumahnya di Hungary.
- Aktivis itu menggantung dirinya di dalam hutan berhampiran Pangkalan Peluru Berpandu Holdfény yang terbiar, bekas tapak tentera era Soviet, berhampiran bandar Biatorbágy selepas polis mula bertindak untuk menangkapnya.
- Dalam ribuan fail lucah ditemui dalam komputer ribanya, 300 video merupakan penderaan seksual yang sangat kejam membabitkan kanak-kanak berumur dua hingga 12 tahun.
Seorang aktivis Antifa (anti fasis) membunuh diri selepas polis menemui 70,000 rakaman lucah kanak-kanak dalam satu serbuan di rumahnya di Hungary, demikian lapor Remix.
Dalam ribuan fail lucah ditemui dalam komputer ribanya, 300 video merupakan penderaan seksual yang sangat kejam membabitkan kanak-kanak berumur dua hingga 12 tahun.
Aktivis itu menggantung dirinya di dalam hutan berhampiran Pangkalan Peluru Berpandu Holdfény yang terbiar, bekas tapak tentera era Soviet, berhampiran bandar Biatorbágy selepas polis mula bertindak untuk menangkapnya.
Polis juga menemui tanda-tanda upacara pelik di lokasinya menggantung diri, iaitu sebuah anak patung mainan yang telah dibakar di tengah lubang api yang dibina daripada batu.
Identiti aktivis itu masih belum didedahkan pihak polis, namun dia dipercayai terlibat dalam serangan individu yang dianggap sebagai aktivis sayap kanan di jalanan Budapest pada Februari tahun ini.
Dia dilaporkan bekerja di sebuah kafe radikal di bandar Innsbruck, Austria, yang menurut Kementerian Dalam Negeri Austria merupakan pertemuan terkenal untuk aktivis Antifa Austria-Jerman.
Kini, polis Hungary sedang menyiasat bagaimana aktivis itu menerima imej lucah kanak-kanak, asal-usul kanak-kanak terbabit dan sama ada dia terlibat dalam proses rakaman mana-mana video.
Polis tidak menolak kemungkinan kanak-kanak terbabit sedang berada dalam keadaan bahaya.
Mereka juga berusaha mengesan sama ada fail-fail lucah itu turut dikongsikan kepada individu lain atau jika terdapat rakan subahat melakukan aktiviti jijik itu.
Sumber: Remix