Connect with us

Terkini

Bukan Islam paling ramai terlibat rasuah adalah fakta – Peguam

Hakikat orang bukan Melayu paling ramai memberi rasuah dibentang dalam kertas kajian bertajuk ‘The Size and Costs of Bribes in Malaysia: An Analysis Based on Convicted Bribe Givers.’

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Bukan Islam paling ramai terlibat rasuah adalah fakta – Peguam
Foto: Peguam, Aidil Khalid (kiri) dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook (kanan).
  • Hakikat orang bukan Melayu paling ramai memberi rasuah dibentang dalam kertas kajian bertajuk, ‘The Size and Costs of Bribes in Malaysia: An Analysis Based on Convicted Bribe Givers.’
  • Peguam, Aidil Khalid berkata kertas kajian itu diterbitkan dalam Asian Economic Papers, oleh MIT (Massachusetts Institute of Technology) iaitu institusi pendidikan terkemuka dunia.
  • Katanya, antara dapatan kajian itu mengesahkan pemberi rasuah terbanyak berdasarkan statistik sabitan kes di antara tahun 2010 hingga 2014 ialah daripada kalangan kaum Cina (57 peratus) dan kaum India serta lain-lain (30.51 peratus), manakala Melayu adalah 12.03 peratus.
  • “Saya bukanlah peminat MB Kedah, tapi dalam hal ini, saya kena sokong beliau, sebab beliau menyatakan fakta yang benar,” katanya. 
  • Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebelum ini dilaporkan meminta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengemukakan bukti dakwaan beliau yang mengaitkan masyarakat bukan Islam di Malaysia sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.

KUALA LUMPUR — Hakikat orang bukan Melayu paling ramai memberi rasuah dibentang dalam kertas kajian bertajuk ‘The Size and Costs of Bribes in Malaysia: An Analysis Based on Convicted Bribe Givers.’

Peguam, Aidil Khalid berkata kertas kajian itu diterbitkan dalam Asian Economic Papers, oleh MIT (Massachusetts Institute of Technology) iaitu institusi pendidikan terkemuka dunia.

Katanya, antara dapatan kajian itu mengesahkan pemberi rasuah terbanyak berdasarkan statistik sabitan kes di antara tahun 2010 hingga 2014 ialah daripada kalangan kaum Cina (57 peratus) dan kaum India serta lain-lain (30.51 peratus), manakala Melayu adalah 12.03 peratus.

“Mamat DAP Loke Siew Fook, melenting dan marah bila Menteri Besar Kedah (Datuk Sanusi) kata orang bukan Islam adalah yang paling ramai memberi rasuah. Dia minta MB Kedah minta maaf atau tunjukkan bukti.

“Benda ini sebenarnya bukan isu baru, tapi Loke malas mengkaji dan membaca, semua nak minta kena suap sahaja,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Foto 1: Keratan Jurnal ‘The Size and Costs of Bribes in Malaysia: An Analysis Based on Convicted Bribe Givers’ dimuat naik Aidil Khalid di FaceBook.

Aidil Khalid merujuk kepada muka surat 81 jurnal itu yang merumuskan bahawa isu rasuah dalam kalangan pegawai persekutuan dan negeri adalah perkara biasa berlaku.

Katanya, dapatan itu juga selari dengan persepsi umum yang mendakwa kegiatan rasuah berleluasa dalam sektor awam.

Beliau berkata kegiatan rasuah itu didapati sering berlaku dalam urusan niaga melibatkan orang awam dan sektor didominasi Melayu di mana pemberi rasuah berkenaan adalah daripada kalangan bukan Melayu.

“The findings that bribery of federal and state officials is more common is consistent with the general perception that corruption is rife in the public sector. 

“Adding the fact that Chinese and Indians (and others) constituted a larger share of bribe givers suggests that such bribery occurs in the course of transactions involving a largely non-Malay public with a Malay-dominated public sector,” katanya memetik petikan daripada muka surat 81 jurnal itu (Foto 2).

Foto 2: Keratan Jurnal ‘The Size and Costs of Bribes in Malaysia: An Analysis Based on Convicted Bribe Givers’ dimuat naik Aidil Khalid di FaceBook.

Mengulas lanjut, Aidil Khalid berkata sekalipun kajian terbabit mempunyai beberapa kaveat dari sudut kekangan dan limitasi persampelan data.

Malah, katanya, jumlah disebut juga hanya berdasarkan kes yang berjaya disabitkan dari rekod SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) ‘convicted bribe givers’, manakala jumlah dan peratusan sebenar pemberi rasuah tidak ditangkap atau dibicarakan pula, tidak diketahui.

Beliau bagaimanapun berkata mana-mana kajian dan persampelan sudah semestinya mempunyai limitasinya.

Namun, ia tidak bermaksud data yang ada itu tidak betul atau tidak boleh dijadikan asas untuk gambaran umum berkenaan siapakah pemberi rasuah teramai di Malaysia.

“Satu lagi, kajian itu membuat pemetaan berdasarkan pecahan etnik iaitu Melayu, Cina dan India, tetapi tidak berdasarkan agama (sedangkan MB Kedah sebut “Orang bukan Islam paling ramai beri rasuah”). 

“Tapi kita tahu secara majoritinya orang bukan Islam di negara kita adalah sememangnya terdiri dari kaum Cina dan India, tanpa menafikan ada sejumlah kecil yang turut beragama Islam.

“Saya bukanlah peminat MB Kedah, tapi dalam hal ini, saya kena sokong beliau, sebab beliau menyatakan fakta yang benar,” katanya. 

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebelum ini dilaporkan meminta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengemukakan bukti dakwaan beliau yang mengaitkan masyarakat bukan Islam di Malaysia paling ramai pemberi dan penerima rasuah.

Loke berkata sekiranya Sanusi gagal mengemukakan bukti terbabit, maka beliau dikehendaki memohon maaf secara terbuka.

Katanya, gejala rasuah perlu diperangi secara bersama dan setiap orang yang terlibat dalam rasuah adalah salah tidak kira latar belakang kaumnya.

Terdahulu, Sanusi dalam program bual bicara Keluar Sekejap pada Selasa mendakwa orang bukan Islam paling ramai ditangkap atas kesalahan memberi dan menerima rasuah.

Jelasnya, dakwaannya itu benar dan adalah fakta serta menuding jari kepada DAP yang didakwa mula memainkan naratif yang sama terhadap pemimpin Melayu. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Aidil Khalid, Anthony Loke Siew Fook

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *