Terkini
Pelajar bukan Cina di sekolah rendah Cina semakin meningkat – Jiao Zong
Bilangan dan nisbah pelajar bukan Cina di sekolah rendah Cina di seluruh negara meningkat dengan ketara sejak kebelakangan ini.

- Bilangan dan nisbah pelajar bukan Cina di sekolah rendah Cina di seluruh negara meningkat dengan ketara sejak kebelakangan ini.
- Pengerusi Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Cheah Lek Aee mendakwa situasi itu membuktikan ibu bapa bukan Cina mengiktiraf dasar sekolah terbabit.
- Beliau berkata apabila kadar kelahiran kaum Cina menurun dan keluarga muda Cina berpindah dari pinggir bandar, beberapa sekolah rendah Cina mempunyai lebih ramai pelajar bukan Cina berbanding pelajar Cina.
- Malah, katanya ada sekolah Cina terpaksa bergantung kepada pelajar bukan Cina untuk mendaftar bagi mengelakkan sekolah ditutup akibat kekurangan pelajar.
Bilangan dan nisbah pelajar bukan Cina di sekolah rendah Cina di seluruh negara meningkat dengan ketara sejak kebelakangan ini.
Pengerusi Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Cheah Lek Aee mendakwa situasi itu membuktikan ibu bapa bukan Cina mengiktiraf dasar sekolah terbabit.
“Ini termasuk pengajaran guru yang serius, perisian dan peralatan yang lengkap, kelebihan matematik dan sains dan nilai ekonomi bahasa Cina, menarik lebih ramai ibu bapa kaum lain menghantar anak mereka ke sekolah rendah Cina serta membolehkan anak mereka belajar bahasa Cina untuk meningkatkan daya saing pekerjaan pada masa hadapan,” katanya kepada China Press.
Beliau berkata apabila kadar kelahiran kaum Cina menurun dan keluarga muda Cina berpindah dari pinggir bandar, beberapa sekolah rendah Cina mempunyai lebih ramai pelajar bukan Cina berbanding pelajar Cina.
Malah, katanya, ada sekolah Cina terpaksa bergantung kepada pelajar bukan Cina untuk mendaftar bagi mengelakkan sekolah ditutup akibat kekurangan pelajar.
Lek Aee berkata sekolah vernakular merupakan ciri dan kelebihan negara dan ia dijamin Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, sekolah vernakular mengajar dalam bahasa ibunda masing-masing, justeru beliau menggesa Kementerian Pendidikan melayan pembangunan sekolah vernakular secara adil dari segi dasar pendidikan dan pentadbiran.
“Ini termasuk meluluskan pemindahan sekolah rendah Cina tanpa sumber pelajar ke kawasan berpenduduk padat Cina dan memperuntukkan tanah dan dana untuk membolehkan sekolah rendah mikro membuat rancangan pemindahan sekolah bagi memenuhi keperluan sekolah rendah Cina masyarakat tempatan,” katanya.
Sumber: China Press
