Connect with us

Antarabangsa

Islam secara rasminya agama paling pesat berkembang di dunia

Masyarakat Islam dunia dianggarkan mencapai jumlah 2,006,931,770 sehingga April lalu, lapor laman web Populasi Muslim Global.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Islam secara rasminya agama paling pesat berkembang di dunia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Masyarakat Islam dunia dianggarkan mencapai jumlah 2,006,931,770 sehingga April lalu, lapor laman web Populasi Muslim Global.
  • Umat Islam mewakili lebih 25 peratus daripada 8 billion populasi global di mana Islam juga merupakan agama kedua terbesar di dunia selepas agama Kristian.
  • Laporan Pusat Penyelidikan Pew pada 2017 menunjukkan umat Islam adalah “kumpulan agama paling pesat berkembang di dunia” yang meramalkan Islam akan mengatasi Kristian sebagai agama terbesar di dunia.
  • “Umat Islam akan berkembang lebih dua kali lebih pantas berbanding keseluruhan penduduk dunia antara 2015 dan 2060, dan pada separuh kedua abad ini, berkemungkinan akan mengatasi Kristian sebagai kumpulan agama terbesar di dunia,” kata laporan itu.

Masyarakat Islam dunia dianggarkan mencapai jumlah 2,006,931,770 sehingga April lalu, lapor laman web Populasi Muslim Global.

Menurut laporan Morocco World News (MWN), umat Islam mewakili lebih 25 peratus daripada 8 billion populasi global di mana Islam juga merupakan agama kedua terbesar di dunia selepas agama Kristian.

Islam adalah agama rasmi di 26 negara di seluruh Asia dan Afrika selain merupakan agama paling pesat berkembang di dunia.

Laporan Pusat Penyelidikan Pew pada 2017 menunjukkan umat Islam adalah “kumpulan agama paling pesat berkembang di dunia” yang meramalkan Islam akan mengatasi Kristian sebagai agama terbesar di dunia.

“Umat Islam akan berkembang dua kali lebih pantas berbanding keseluruhan penduduk dunia antara 2015 dan 2060, dan pada separuh kedua abad ini, berkemungkinan akan mengatasi Kristian sebagai kumpulan agama terbesar di dunia,” kata laporan itu.

Laporan itu turut menambah bahawa bayi dilahirkan oleh ibu bapa beragama Islam akan mula melebihi jumlah yang dilahirkan oleh penganut Kristian menjelang tahun 2035.

Dalam pada itu, penduduk dunia juga dijangka meningkat sebanyak 32 peratus dalam beberapa dekad akan datang. 

Penduduk Islam dianggarkan akan meningkat sebanyak 70 peratus daripada 1.8 billion pada 2015 kepada hampir 3 billion pada 2060.

Di samping itu, laporan itu turut menjangkakan pertukaran agama akan ‘menghalang’ pertumbuhan agama Kristian sekitar anggaran 72 juta individu antara 2015 dan 2060.

Bagaimanapun, laporan itu mencadangkan pertukaran agama tidak akan mempunyai “kesan bersih negatif” ke atas pertumbuhan penduduk Islam.

“Umat Islam ditemui di setiap rantau di dunia,” kata Populasi Muslim Global menyatakan jumlah tertinggi masyarakat Islam ditemui di rantau Asia-Pasifik.

Indonesia adalah rumah kepada komuniti Islam terbesar di dunia dengan lebih daripada 240,977,000 orang Islam diikuti Pakistan (+230 juta), India (+219 juta), Bangladesh (+156 juta), dan Nigeria (+113 juta), menurut laporan itu.

Sumber: MWN

Author