Antarabangsa
(VIDEO) ‘Akad nikah’ pasangan gay dihadiri jurunikah baca Al-Fatihah
Kecelaruan berpunca dari ideologi songsang LGBTQ semakin menjadi-jadi apabila wujudnya upacara akad nikah bagi pasangan sejantina.

Kecelaruan berpunca dari ideologi songsang LGBTQ semakin menjadi-jadi apabila wujudnya upacara akad nikah bagi pasangan sejantina.
Tular satu klip video di Tiktok menunjukkan sepasang lelaki yang didakwa penganut Islam itu sedang ‘dinikahkan’.
Video itu dikongsikan aktivis LGBTQ yang dipercayai berasal dari Pakistan dan menetap di Amerika Syarikat, Muhammad Burhan.
Menerusi video itu, kelihatan Burhan dan pasangannya saling berpegangan tangan di hadapan seorang ‘jurunikah’ yang sedang membaca surah Al-Fatihah.
Mereka yang berpakaian tradisional Pakistan itu ‘dinikahkan’ dalam satu majlis kecil-kecilan disaksikan beberapa keluarga dan kenalan.
Dia juga menulis “Pernahkah anda melihat akad nikah queer? Sekarang anda pernah” pada video tersebut, selain kapsyen “Cinta adalah cinta dan ianya ikonik” berserta tanda pagar #queermuslims.
Setakat ini, video itu meraih lebih 1.5 juta tontonan dengan lebih 17.2 ribu tanda suka, namun hanya terdapat 12 komen sahaja memandangkan Burhan mengehadkan ruangan komennya.
Meninjau ke hantaran videonya yang lain, The Merdeka Times mendapati Burhan juga mengenal pasti dirinya sebagai seorang non-binary (tidak berjantina).
Difahamkan, Burhan dilahirkan dan membesar di Pakistan, namun berhijrah ke AS pada usia 17 tahun untuk bekerja.
Sumber: Tiktok burhan_rebels

You must be logged in to post a comment Login