Terkini
PRN : Isu 3R dijangka terus jadi ‘senjata’, mudah pengaruhi pengundi
Pihak tertentu dijangka terus memainkan isu yang menyentuh 3R (agama, raja dan kaum) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana bagi mereka ia dianggap `senjata’.
- Pihak tertentu dijangka terus memainkan isu 3R (agama, raja dan kaum) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana bagi mereka ia dianggap `senjata’.
- Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, berkata ini kerana isu sedemikian mudah untuk mempengaruhi pengundi.
- Katanya, isu agama dan perkauman itu juga sudah ditegah oleh Raja-Raja Melayu namun ia masih berlaku berikutan isu ini sangat dekat dengan pengundi, terutama Melayu kerana ia boleh mempengaruhi mereka dengan mudah.
- Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai sikap pihak pembangkang yang kini semakin banyak memainkan isu politik bersifat keagamaan dan perkauman.
KUALA LUMPUR: Pihak tertentu dijangka terus memainkan isu yang menyentuh 3R (agama, raja dan kaum) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana bagi mereka ia dianggap `senjata’.
Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, berkata ini kerana isu sedemikian mudah untuk mempengaruhi pengundi.
Katanya, isu agama dan perkauman itu juga sudah ditegah oleh Raja-Raja Melayu namun ia masih berlaku berikutan isu ini sangat dekat dengan pengundi, terutama Melayu kerana ia boleh mempengaruhi mereka dengan mudah.
“Malah ia juga akan membentuk persepsi dalam kalangan pengundi Melayu,” katanya kepada BH.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai sikap pihak pembangkang yang kini semakin banyak memainkan isu politik bersifat keagamaan dan perkauman.
Justeru, beliau berkata, parti politik sepatutnya lebih berhati-hati kerana isu agama dan perkauman boleh memecahbelahkan masyarakat.
Malah, katanya, parti politik sepatutnya lebih mengutamakan isu rakyat yang mendesak dan memperjuangkan kepentingan rakyat.
“Mereka tidak sepatutnya menggunakan isu-isu murahan membabitkan agama dan perkauman, terutama ketika berkempen nanti,” katanya.
Sumber: Berita Harian