Antarabangsa
Empat ditahan kerana belasah lelaki Islam, paksa jilat kaki di Madhya Pradesh
Tiga lelaki dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan pada Sabtu berhubung penculikan dan serangan ke atas seorang lelaki Islam berusia 19 tahun, yang dipaksa salah seorang tertuduh untuk menjilat kakinya, di daerah Gwalior di Madhya Pradesh, India, kata polis.
- Tiga lelaki dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan pada Sabtu berhubung penculikan dan serangan ke atas seorang lelaki Islam berusia 19 tahun, yang dipaksa salah seorang tertuduh untuk menjilat kakinya, di daerah Gwalior di Madhya Pradesh, India, kata polis.
- Tertuduh yang berusia bawah umur ditahan dan dua lagi ditangkap, kata Penguasa Polis (SP), Rajesh Chandel, menambah pemburuan untuk menangkap tertuduh keempat sedang dijalankan.
- Insiden itu berlaku di dalam kenderaan yang sedang bergerak pada bulan lalu tetapi disedari selepas dua video kejadian itu tular di media sosial pada Jumaat lalu, kata seorang pegawai kanan polis.
Tiga lelaki dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan pada Sabtu berhubung penculikan dan serangan ke atas seorang lelaki Islam berusia 19 tahun, yang dipaksa salah seorang tertuduh untuk menjilat kakinya, di daerah Gwalior di Madhya Pradesh, India, kata polis.
Tertuduh yang berusia bawah umur ditahan dan dua lagi ditangkap, kata Penguasa Polis (SP), Rajesh Chandel, menambah pemburuan untuk menangkap tertuduh keempat sedang dijalankan.
Menurut laporan Hindustan Times, insiden itu berlaku di dalam kenderaan yang sedang bergerak pada bulan lalu tetapi disedari selepas dua video kejadian itu tular di media sosial pada Jumaat lalu, kata seorang pegawai kanan polis.
“Seorang remaja bawah umur 17 tahun dan tiga yang lain iaitu Sudeep Gurjar, Tejendra Gurjar dan Amit Gurjar, didakwa menculik Mohsin Khan, 19, untuk membalas dendam atas pergaduhannya dengan abang mereka.
“Mohsin dan Karan Goswami membelasah abang lelaki bawah umur itu pada 21 Mei lalu,” kata Rajesh.
Menurut Rajesh, satu kes kemudiannya didaftarkan terhadap Mohsin kerana menyebabkan kecederaan fizikal.
“Pada minggu terakhir Jun lalu, empat tertuduh menghubungi Karan berhampiran Universiti Jiwaji di Gwalior dan memintanya menghubungi Mohsin. Mereka kemudiannya menculik kedua-duanya ke Dabra dengan sebuah SUV,” kata Rajesh.
“Dalam perjalanan, remaja itu membelasah Mohsin dengan selipar dan memaksanya menjilat kakinya. Suspek juga menderanya atas dasar agama,” kata Rajesh.
Berdasarkan aduan yang difailkan Karan Goswami, Laporan Maklumat Pertama (FIR) di bawah seksyen 363 (hukuman kerana menculik), 323 (secara sukarela menyebabkan kecederaan) dan 294 (menggunakan bahasa lucah) Kanun Keseksaan India (IPC) telah didaftarkan terhadap empat individu itu di balai polis Universiti pada Sabtu.
Sumber: Hindustan Times