Connect with us

Antarabangsa

Penduduk Jenin kembali ke kem selepas serangan Israel

Rejim Israel berundur dari bandar Jenin di Palestin pada Selasa, kata saksi Reuters, selepas menjalankan salah satu serangan ketenteraan terbesar mereka di Tebing Barat yang diduduki selama bertahun-tahun.

Published

on

Penduduk Jenin kembali ke kem selepas serangan Israel
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rejim Israel berundur dari bandar Jenin di Palestin pada Selasa, kata saksi Reuters, selepas menjalankan salah satu serangan ketenteraan terbesar mereka di Tebing Barat yang diduduki selama bertahun-tahun.
  • Dua saksi Reuters berkata mereka melihat konvoi kenderaan rejim Israel meninggalkan Jenin menandakan penamatan operasi Israel yang bermula awal Isnin.
  • Penduduk Palestin yang mengosongkan kediaman ketika serangan berlaku telah mula kembali, melihat kerosakan berlaku.
  • Serangan berskala besar rejim Israel itu bertujuan memusnahkan infrastruktur dan senjata di Jenin, dengan serangan dron pada Isnin, dan lebih 1,000 tentera dikerahkan.

JENIN: Rejim Israel berundur dari bandar Jenin di Palestin pada Selasa, kata saksi Reuters, selepas menjalankan salah satu serangan ketenteraan terbesar mereka di Tebing Barat yang diduduki selama bertahun-tahun.

Dua saksi Reuters berkata mereka melihat konvoi kenderaan rejim Israel meninggalkan Jenin menandakan penamatan operasi Israel yang bermula awal Isnin.

Penduduk Palestin yang mengosongkan kediaman ketika serangan berlaku telah mula kembali, melihat kerosakan berlaku.

Sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin terbunuh dalam pertempuran berdarah itu, lima daripadanya merupakan pejuang dan seorang askar Israel terbunuh.

Serangan berskala besar rejim Israel itu bertujuan memusnahkan infrastruktur dan senjata di Jenin, dengan serangan dron pada Isnin, dan lebih 1,000 tentera dikerahkan.

Penempatan di Jenin sesak dengan kira-kira 14,000 orang awam tinggal di kawasan dengan keluasan kurang daripada setengah kilometer persegi. 

Sumber: Berita RTM

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author