Antarabangsa
Pope ‘jijik’ dengan tindakan bakar al-Quran di Sweden
Tindakan membakar kitab suci umat Islam, al-Quran, di Stockholm minggu lepas mencetuskan kemarahan dan kebencian Pope Francis dan dalam masa yang sama beliau mengutuk dan menolak perbuatan itu sebagai satu bentuk kebebasan bersuara.
- Tindakan membakar kitab suci umat Islam, al-Quran, di Stockholm minggu lepas mencetuskan kemarahan dan kebencian Pope Francis dan dalam masa yang sama beliau mengutuk dan menolak perbuatan itu sebagai satu bentuk kebebasan bersuara.
- “Mana-mana buku yang dianggap suci harus dihormati demi menghormati mereka yang mempercayainya,” agensi berita Itali ANSA memetik kenyataannya dalam wawancara dengan akhbar Emiriah Arab Bersatu Al Ittihad yang diterbitkan Isnin.
- “Kebebasan bersuara tidak boleh digunakan sebagai cara untuk menghina orang lain dan tindakan membenarkan perbuatan seumpama itu ditolak dan dikutuk,” katanya.
ROME: Tindakan membakar kitab suci umat Islam, al-Quran, di Stockholm minggu lepas mencetuskan kemarahan dan kebencian Pope Francis dan dalam masa yang sama beliau mengutuk dan menolak perbuatan itu sebagai satu bentuk kebebasan bersuara.
“Mana-mana buku yang dianggap suci harus dihormati demi menghormati mereka yang mempercayainya,” agensi berita Itali ANSA memetik kenyataannya dalam wawancara dengan akhbar Emiriah Arab Bersatu Al Ittihad yang diterbitkan Isnin.
“Kebebasan bersuara tidak boleh digunakan sebagai cara untuk menghina orang lain dan tindakan membenarkan perbuatan seumpama itu ditolak dan dikutuk,” katanya.
Pada 28 Jun, seorang warga Sweden yang berasal dari Iraq dilaporkan mengoyakkan senaskah al-Quran sebelum membakarnya di hadapan masjid Stockholm semasa demonstrasi yang dibenarkan oleh pihak berkuasa Sweden.
Insiden itu berlaku ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut perayaan Aidiladha.– BERNAMA
Sumber: Bernama