Antarabangsa
Change.org padam petisyen kanak-kanak 12 tahun minta pengasingan tandas
Laman web petisyen popular, Change.org, dilaporkan telah menurunkan petisyen seorang gadis 12 tahun yang meminta sekolahnya menyediakan tandas berasingan mengikut jantina.
- Laman web petisyen popular, Change.org, dilaporkan telah menurunkan petisyen seorang kanak-kanak 12 tahun yang meminta sekolahnya menyediakan tandas berasingan mengikut jantina.
- Langkah itu dibuat di tengah-tengah kerancakan gelombang keganasan berasaskan jantina yang berlaku di tandas jantina neutral di sekitar UK.
- Petisyen yang memperoleh lebih 13,000 tandatangan sebelum ia dipadam
- Tandas jantina neutral telah menjadi topik pertikaian sejak beberapa tahun kebelakangan ini atas tindakan transgender memasuki ruang tandas yang disediakan bagi wanita sahaja.
Laman web petisyen popular, Change.org, dilaporkan telah menurunkan petisyen seorang gadis 12 tahun yang meminta sekolahnya menyediakan tandas berasingan mengikut jantina.
Langkah itu dibuat di tengah-tengah kerancakan gelombang keganasan berasaskan jantina yang berlaku di tandas jantina neutral di sekitar UK.
Petisyen tersebut memperoleh lebih 13,000 tandatangan sebelum Change.org memadamkannya.
Change.org mendakwa petisyen itu diturunkan kerana kempen tersebut “dimulakan oleh individu di bawah umur 13 tahun.”
Kanak-kanak berusia 12 tahun itu bagaimanapun memohon rayuan dengan menerangkan keadaan bilik tandas yang mana pelajar perlu kongsi bersama, membuatkan ramai enggan menggunakannya:
“Saya seorang gadis berusia 12 tahun dan sekolah saya, seperti kebanyakan sekolah lain, mempunyai tandas bercampur jantina dengan hanya sinki sebagai pemisah. Ini membuatkan ramai lelaki dan perempuan tidak selesa dan ramai enggan menggunakannya.”
Dia meneruskan dengan mencadangkan agar sekolah mengaplikasikan tandas satu jantina untuk keselesaan para pelajar:
“Saya ingin tandas satu jantina disediakan supaya saya dan ramai kanak-kanak lain berasa selesa dan selamat apabila menggunakan ruangan berbentuk peribadi. Saya cadangkan tandas lelaki yang tersendiri, perempuan yang tersendiri dan tandas bercampur untuk adannya pilihan bagi mereka yang lain.”
Tandas jantina neutral telah menjadi topik pertikaian sejak beberapa tahun kebelakangan ini atas tindakan transgender memasuki ruang tandas yang disediakan bagi wanita sahaja.
Sumber: Reduxx