Connect with us

Antarabangsa

Lelaki bakar al-Quran tidak serik, mahu lakukan sekali lagi dalam 10 hari

Lelaki yang membakar muka surat al-Quran di luar masjid Stockholm, mencetuskan protes dan gelombang kecaman, memberitahu media Sweden pada Khamis, dia berhasrat untuk melakukannya lagi dalam tempoh 10 hari.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lelaki bakar al-Quran tidak serik, mahu lakukan sekali lagi dalam 10 hari
Foto: Lelaki yang membakar al-Quran, Salwan Momika.
  • Lelaki membakar muka surat al-Quran di luar masjid Stockholm, mencetuskan protes dan gelombang kecaman, memberitahu media Sweden pada Khamis, dia berhasrat melakukannya lagi dalam tempoh 10 hari.
  • Bercakap kepada akhbar Expressen, Momika berkata, dia tahu tindakannya akan menimbulkan reaksi kurang menyenangkan dan sudah menerima ribuan ugutan bunuh.
  • “Dalam tempoh 10 hari saya akan membakar bendera Iraq dan al-Quran di hadapan kedutaan Iraq di sini,” katanya.
  • Polis Sweden memberikan permit kepadanya selaras dengan perlindungan kebebasan bersuara tetapi membuka kertas siasatan susulan kekecohan terhadap kumpulan etnik dan tindakan dibuat di masjid.
  • Momika, bagaimanapun, menafikan tindakannya adalah jenayah kebencian atau provokasi terhadap mana-mana kumpulan.

Sweden: Lelaki yang membakar muka surat al-Quran di luar masjid Stockholm, mencetuskan protes dan gelombang kecaman, memberitahu media Sweden pada Khamis, dia berhasrat untuk melakukannya lagi dalam tempoh 10 hari.

Bercakap kepada akhbar Expressen, Momika berkata, dia tahu tindakannya akan menimbulkan reaksi kurang menyenangkan dan sudah menerima ribuan ugutan bunuh.

Meskipun begitu, Momika sedang merancang tindakan lanjut dalam beberapa minggu akan datang.

“Dalam tempoh 10 hari saya akan membakar bendera Iraq dan al-Quran di hadapan kedutaan Iraq di sini,” katanya.

Polis Sweden memberikan permit kepadanya selaras dengan perlindungan kebebasan bersuara tetapi membuka kertas siasatan susulan kekecohan terhadap kumpulan etnik dan tindakan dibuat di masjid.

Momika, bagaimanapun, menafikan tindakannya adalah jenayah kebencian atau provokasi terhadap mana-mana kumpulan.

“Polis mempunyai hak untuk menyiasat sama ada pembakaran itu adalah jenayah kebencian. Boleh jadi mereka betul atau salah,” kata Momika kepada akhbar itu, dan menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

Kebenaran polis untuk melakukan protes itu diberikan dua minggu selepas Mahkamah Rayuan Sweden menolak keputusan polis untuk menafikan permit untuk penganjuran dua demonstrasi di bandar ini termasuk pembakaran al-Quran.

Mahkamah Rayuan pada pertengahan Jun lalu memutuskan satu kesalahan untuk polis menghalang protes diadakan dan kebimbangan keselamatan disebut tidak cukup kuat sebagai alasan untuk tidak membenarkan demonstrasi berkenaan.

Terdahulu, seorang lelaki berasal dari Iraq bertindak membakar al-Quran di luar sebuah masjid di sini sehingga mencetuskan kemarahan Turkiye ketika Sweden berusaha untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *