Terkini
Mahkamah The Hague tolak tuntutan Kumpulan Sulu terhadap Malaysia
Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda menolak permohonan Kumpulan Sulu untuk mendapatkan pengiktirafan dan penguatkuasaan tuntutan anugerah sebanyak AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) terhadap Malaysia, yang dikatakan melalui proses timbang tara pada Februari tahun lalu.
- Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda tolak permohonan Kumpulan Sulu untuk mendapatkan pengiktirafan dan penguatkuasaan tuntutan anugerah sebanyak AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) terhadap Malaysia, yang dikatakan melalui proses timbang tara pada Februari tahun lalu.
- Penghakiman itu memaklumkan, ‘mahkamah menolak permintaan warga Filipina’ untuk menuntut melaksanakan anugerah timbang tara itu.
- Pada tahun lalu, individu yang mendakwa waris Filipina kepada Sultan Sulu terakhir dianugerahkan AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) oleh mahkamah timbang tara Paris dalam pertikaian dengan Malaysia sejak sekian lama berhubung perjanjian tanah pada zaman penjajah.
- Mereka berusaha merampas aset Kerajaan Malaysia di Perancis, Luxembourg dan Belanda, dalam usaha untuk menguatkuasakan anugerah itu.
- Malaysia yang tidak mengambil bahagian dalam timbang tara itu, bertegas proses terbabit menyalahi undang-undang dan berikrar melawan tindakan rampasan berkenaan.
- Waris Kumpulan Sulu itu pada September tahun lalu meminta kebenaran daripada mahkamah Belanda untuk menguatkuasakan anugerah itu di Belanda.
THE HAGUE: Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda menolak permohonan Kumpulan Sulu untuk mendapatkan pengiktirafan dan penguatkuasaan tuntutan anugerah sebanyak AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) terhadap Malaysia, yang dikatakan melalui proses timbang tara pada Februari tahun lalu.
Penghakiman itu memaklumkan, ‘mahkamah menolak permintaan warga Filipina’ untuk menuntut melaksanakan anugerah timbang tara itu.
Pada tahun lalu, individu yang mendakwa waris Filipina kepada Sultan Sulu terakhir dianugerahkan AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) oleh mahkamah timbang tara Paris dalam pertikaian dengan Malaysia sejak sekian lama berhubung perjanjian tanah pada zaman penjajah.
Mereka berusaha merampas aset Kerajaan Malaysia di Perancis, Luxembourg dan Belanda, dalam usaha untuk menguatkuasakan anugerah itu.
Malaysia yang tidak mengambil bahagian dalam timbang tara itu, bertegas bahawa proses terbabit menyalahi undang-undang dan berikrar untuk melawan tindakan rampasan berkenaan.
Malaysia memperoleh penangguhan anugerah itu di Perancis, namun keputusan itu tetap boleh dikuatkuasakan di luar negara di bawah perjanjian timbang tara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Waris Kumpulan Sulu itu pada September tahun lalu meminta kebenaran daripada mahkamah Belanda untuk menguatkuasakan anugerah itu di Belanda.
Bagaimanapun, hakim Belanda memihak kepada Malaysia dan memutuskan perjanjian asal itu tidak mempunyai klausa yang mengikat pihak-pihak kepada timbang tara dan penangguhan di Perancis bagi anugerah itu bermakna tuntutan itu tidak boleh dikuatkuasakan di Belanda.
Sumber: Berita Harian