Terkini
256 kes buang bayi dalam tempoh dua tahun sejak 2020
Sejumlah 256 kes pembuangan bayi direkodkan sepanjang 2020 hingga 2022 berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
- 256 kes pembuangan bayi direkodkan sepanjang 2020 hingga 2022 berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
- Beliau berkata dalam usaha menangani isu itu, kementerian melaksanakan pelbagai inisiatif advokasi dan kesedaran bagi memupuk keprihatinan dalam kalangan masyarakat terhadap kesihatan reproduktif menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
- “Usaha ini adalah untuk membantu orang awam khususnya remaja untuk mengelakkan diri daripada terjerumus ke kancah masalah sosial seperti mengandung luar nikah dan sebagainya.
- “Dalam hal ini, LPPKN telah melancarkan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) yang telah dibangunkan sejak tahun 2009 dan dikemas kini pada 2022,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
KUALA LUMPUR — Sejumlah 256 kes pembuangan bayi direkodkan sepanjang 2020 hingga 2022 berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata dalam usaha menangani isu itu, kementerian melaksanakan pelbagai inisiatif advokasi dan kesedaran bagi memupuk keprihatinan dalam kalangan masyarakat terhadap kesihatan reproduktif menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
“Usaha ini adalah untuk membantu orang awam khususnya remaja untuk mengelakkan diri daripada terjerumus ke kancah masalah sosial seperti mengandung luar nikah dan sebagainya.
“Dalam hal ini, LPPKN telah melancarkan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) yang telah dibangunkan sejak tahun 2009 dan dikemas kini pada 2022,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Nancy menjawab soalan Senator Amir Md Ghazali yang ingin tahu bilangan kes buang bayi yang direkodkan sepanjang 2020 hingga 2022 mengikut pecahan negeri dan rancangan pihak kementerian untuk mengatasi isu pergaulan bebas sehingga melahirkan anak tidak sah taraf.
Beliau berkata PEKERTI bermatlamat meningkatkan kesedaran semua pihak berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif dan melahirkan masyarakat penyayang, bertanggungjawab dan berdaya tahan serta mengamalkan gaya hidup sihat.
Katanya di bawah pelan tindakan itu, pembangunan kemahiran kesihatan reproduktif yang sihat dan selamat ditekankan menerusi pendidikan formal di sekolah atau tidak formal di luar sekolah.
“Antara usaha pendidikan tidak formal yang dilaksanakan adalah melalui Pusat Remaja KafeTEEN dan meningkatkan kompetensi pendidik termasuk memperkasa ibu bapa dan juga golongan Orang Kurang Upaya (OKU) berkaitan isu kesihatan reproduktif.
“Di bawah Program PEKERTI, LPPKN telah mendirikan 18 Pusat Remaja KafeTEEN, tujuannya untuk meningkatkan akses kepada maklumat serta perkhidmatan kesihatan reproduktif, khidmat kaunseling psikososial dan program pendidikan dan pembangunan kemahiran untuk remaja,” katanya dan menambah sehingga kini lebih 840,000 remaja telah menerima manfaat daripada program di pusat itu. — BERNAMA
Sumber: Bernama