Antarabangsa
Ahli Parlimen Gaza fail aduan berkaitan Israel kepada ICC
Lapan Ahli Parlimen dari Semenanjung Gaza mengemukakan aduan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), menggesa Israel menarik balik sekatan dan memberikan pampasan kewangan kepada mereka yang terjejas.
- Lapan Ahli Parlimen dari Semenanjung Gaza mengemukakan aduan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), menggesa Israel menarik balik sekatan dan memberikan pampasan kewangan kepada mereka yang terjejas.
- Timbalan Pengerusi Majlis Perundangan Palestin, Ahmed Bahr berkata mereka melantik peguam dari Perancis, Gilles Duvier, untuk memfailkan aduan kepada pendakwa ICC.
- Agensi Anadolu melaporkan mereka mendesak ICC mengambil serius aduan itu dan segera mendakwa Israel atas jenayah yang dilakukan rejim itu.
- Mereka turut meminta ICC menggesa Israel memulakan penubuhan mekanisme berkesan bagi memastikan akauntabiliti terhadap tindakan sekatan dan pencerobohan di Semenanjung Gaza.
- Aduan itu juga mengandungi tandatangan persatuan peguam Jordan, Gaza dan Maghribi.
ISTANBUL: Lapan Ahli Parlimen dari Semenanjung Gaza mengemukakan aduan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), menggesa Israel menarik balik sekatan dan memberikan pampasan kewangan kepada mereka yang terjejas.
Dalam satu kenyataan, Timbalan Pengerusi Majlis Perundangan Palestin, Ahmed Bahr berkata mereka melantik peguam dari Perancis, Gilles Duvier, untuk memfailkan aduan kepada pendakwa ICC.
Agensi Anadolu melaporkan mereka mendesak ICC mengambil serius aduan itu dan segera mendakwa Israel atas jenayah yang dilakukan rejim itu.
Di samping itu, mereka turut meminta ICC menggesa Israel untuk memulakan penubuhan mekanisme berkesan bagi memastikan akauntabiliti terhadap tindakan sekatan dan pencerobohan di Semenanjung Gaza.
Aduan itu juga mengandungi tandatangan persatuan peguam Jordan, Gaza dan Maghribi.
Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kerugian ekonomi akibat sekatan berjumlah AS$16.7 bilion (RM77 bilion) antara 2007 dan 2018.
Jumlah pampasan yang dituntut bernilai AS$25 bilion (RM116.57 bilion).
Sumber: Berita Harian