Terkini
Mana diskaun buat pengusaha Menu Rahmah dijanjikan PMX?
“Di mana insentif diskaun kepada pengusaha Menu Rahmah seperti yang dijanjikan PMX?”

- Demikian persoalan dibangkitkan Pengerusi Gerakan Pengundi Sedar, Hazry Saimin susulan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub dikatakan menafi khabar angin kenaikan harga beras.
- Menurut Hazry, antara berita dilaporkan media tempatan adalah keluhan peniaga yang masih belum mendapat bantuan diskaun untuk pembelian bahan mentah seperti dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Bantuan itu pernah diumumkan Anwar dalam satu sidang media khas di Jabatan Perdana Menteri pada 18 April lalu bagaimanapun selepas dua bulan pengusaha dikatakan masih belum mendapat bantuan berkenaan.
- “Saya berharap berita ini tidak benar kerana jika ia benar maka Anwar Ibrahim bertanggungjawab bagi memastikan kebajikan pengusaha Menu Rahmah ini terjaga.
- “Jika benar harga beras akan naik, maka beban kepada peniaga akan bertambah dengan kos bahan mentah yang meningkat,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat lalu.
KUALA LUMPUR — “Di mana insentif diskaun kepada pengusaha Menu Rahmah seperti yang dijanjikan PMX?”
Demikian persoalan dibangkitkan Pengerusi Gerakan Pengundi Sedar, Hazry Saimin susulan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub dikatakan menafi khabar angin kenaikan harga beras.
Menurut Hazry, antara berita dilaporkan media tempatan adalah keluhan peniaga yang masih belum mendapat bantuan diskaun untuk pembelian bahan mentah seperti dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, bantuan itu pernah diumumkan Anwar dalam satu sidang media khas di Jabatan Perdana Menteri pada 18 April lalu bagaimanapun selepas dua bulan pengusaha dikatakan masih belum mendapat bantuan berkenaan.
“Pengumuman itu sekaligus telah menafikan kenyataan Salahuddin ketika sidang Dewan Rakyat yang mengatakan kerajaan tidak akan memberikan sebarang insentif kepada pengusaha Menu Rahmah.

Foto : Poster FB Gerakan Pengundi Sedar.
“Saya berharap berita ini tidak benar kerana jika ia benar maka Anwar Ibrahim bertanggungjawab bagi memastikan kebajikan pengusaha Menu Rahmah ini terjaga.
“Jika benar harga beras akan naik, maka beban kepada peniaga akan bertambah dengan kos bahan mentah yang meningkat,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat lalu.
Terdahulu, tersebar khabar angin menyatakan akan berlaku kenaikan harga beras pada bulan depan kerana bekalan beras dijangka berkurang susulan fenomena El-Nino.
Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, khabar angin kenaikan harga beras itu bukanlah keputusan kerajaan.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh sebelum ini berkata pemberian diskaun bahan mentah untuk peniaga Menu Rahmah diumumkan Perdana Menteri Ibrahim pada April lalu belum dilaksanakan.
Ini kerana perkara itu masih dalam perbincangan dengan pihak berkaitan. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Gerakan Pengundi Sedar
