Connect with us

Terkini

Malaysia bakal jadi hab umrah Asia terbesar

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) mahu menjadikan Malaysia sebagai hab umrah yang menghimpunkan jemaah seluruh dunia, khususnya di rantau Asia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Malaysia bakal jadi hab umrah Asia terbesar
Foto: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Tiong King Sing.
  • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) mahu menjadikan Malaysia sebagai hab umrah menghimpunkan jemaah seluruh dunia, khususnya di rantau Asia.
  • Menterinya Tiong King Sing berkata dia akan bertemu Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat supaya perkara itu direalisasikan secepat mungkin.
  • “Saya bersama pasukan di Motac akan mempromosikan program ini ke negara-negara tumpuan seperti China, Korea, Jepun, Thailand, Filipina, Indonesia dan negara negara serantau.
  • “Hal ini untuk menarik mereka melancong ke Malaysia serta memproses visa sebelum mengerjakan umrah,” katanya.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) mahu menjadikan Malaysia sebagai hab umrah yang menghimpunkan jemaah seluruh dunia, khususnya di rantau Asia.

Menterinya Tiong King Sing berkata dia akan bertemu Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat supaya perkara itu direalisasikan secepat mungkin.

“Saya bersama pasukan di Motac akan mempromosikan program ini ke negara-negara tumpuan seperti China, Korea, Jepun, Thailand, Filipina, Indonesia dan negara negara serantau.

“Hal ini untuk menarik mereka melancong ke Malaysia serta memproses visa sebelum mengerjakan umrah,” katanya dalam kenyataan.

Tiong berkata timbalannya Khairul Firdaus Akbar Khan diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan perkara ini.

Kaedah pelaksanaan serta perincian berhubung program ini akan diumumkan kelak.

“Objektif program ini bukan sahaja demi memberi manfaat dari sudut pertumbuhan ekonomi negara, tetapi juga bertujuan untuk mempromosi Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang membangun dan berdaya saing selaras konsep Malaysia Madani,” katanya.

Sumber: Malaysiakini

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *