Connect with us

Antarabangsa

Jerat kanak-kanak 9 tahun untuk hubungan seksual, bekas penerbit CNN dipenjara 19 tahun

Bekas penerbit CNN, John Griffin mengaku bersalah menjerat kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun untuk melakukan hubungan seksual dengannya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Jerat kanak-kanak 9 tahun untuk hubungan seksual, bekas penerbit CNN dipenjara 19 tahun
Foto: Bekas penerbit CNN, John Griffin.
  • Bekas penerbit CNN, John Griffin mengaku bersalah menjerat kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun untuk melakukan hubungan seksual dengannya.
  • Pada 20 Jun lalu, dia dijatuhkan hukuman penjara 19 tahun dengan tambahan 15 tahun pembebasan di bawah pengawasan bagi kesalahan jenayah itu.
  • Griffin mengaku bersalah di Mahkamah Persekutuan pada Disember lalu kerana menggunakan ‘perdagangan antara negeri’ untuk menggoda dan memaksa kanak-kanak perempuan itu melakukan aktiviti seksual di rumah skinya di Vermont.
  • Menurut CNN, Griffin telah bekerja selama lapan tahun dengan rangkaian saluran berita itu sebelum pemecatannya selepas ditahan pihak berkuasa pada 10 Disember 2021.

Bekas penerbit CNN, John Griffin mengaku bersalah menjerat kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun untuk melakukan hubungan seksual dengannya.

Pada 20 Jun lalu, dia dijatuhkan hukuman penjara 19 tahun dengan tambahan 15 tahun pembebasan di bawah pengawasan bagi kesalahan jenayah itu.

Griffin mengaku bersalah di Mahkamah Persekutuan pada Disember lalu kerana menggunakan ‘perdagangan antara negeri’ untuk menggoda dan memaksa kanak-kanak perempuan itu melakukan aktiviti seksual di rumah skinya di Vermont.

Kes ‘perdagangan antara negeri’ adalah di bawah kuasa Mahkamah Persekutuan kerana jenayah terkait melibatkan rentasan beberapa negeri.

Berdasarkan perjanjian pengakuan salahnya pada 2022, kerajaan memutuskan untuk menggugurkan dua tuduhan lain ke atasnya, yang ketika itu berusia 45 tahun.

Griffin pada mulanya tidak mengaku bersalah pada 2021 dan diarahkan membayar ganti rugi kepada mangsa-mangsa.

Berdasarkan pengakuannya itu, Griffin bertemu seorang wanita di laman web pada musim panas 2020 serta memujuknya membawa anak perempuannya ke rumahnya di Ludlow, Vermont, untuk aktiviti seksual.

Bekas penerbit CNN itu ditangkap pada 10 Disember 2021 iaitu sehari selepas beliau didakwa pihak juri.

Menurut CNN, Griffin telah bekerja selama lapan tahun dengan rangkaian saluran berita itu sebelum pemecatannya selepas ditahan pihak berkuasa.

Sumber: AP News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *