Connect with us

Terkini

‘Terlepas loteri ekonomi’, Syed Saddiq perlu lihat kualiti berbanding kuantiti – Syahir Sulaiman

Susulan kenyataan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyifatkan Malaysia terlepas peluang ekonomi yang boleh dihasilkan daripada penganjuran konsert kumpulan rock Coldplay, Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman berpandangan limpahan ekonomi, perlu dilihat menerusi aspek ‘kualiti’ berbanding ‘kuantiti’.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ashraff Zamell

Published

on

‘Terlepas loteri ekonomi’, Syed Saddiq perlu lihat kualiti berbanding kuantiti - Syahir Sulaiman
Foto: Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman (kiri) dan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kanan).
  • Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman berpandangan limpahan ekonomi, perlu dilihat menerusi aspek ‘kualiti’ berbanding ‘kuantiti’.
  • Malaysia perlukan pelaburan berkualiti dan limpahan aktiviti ekonomi yang memberi nilai tambah, sesuai dengan budaya masyarakat dan pembinaan jati diri generasi muda.
  • Syed Saddiq dalam media sosialnya telah memuatnaik satu hantaran video menunjukkan beliau berasa kecewa kerana Malaysia melepaskan peluang ‘loteri ekonomi’ yang dibawa oleh kumpulan Coldplay.

Kuala Lumpur – Susulan kenyataan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyifatkan Malaysia terlepas peluang ekonomi yang boleh dihasilkan daripada penganjuran konsert kumpulan rock Coldplay, Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman berpandangan limpahan ekonomi, perlu dilihat menerusi aspek ‘kualiti’ berbanding ‘kuantiti’.

Jelas beliau, Malaysia perlukan pelaburan berkualiti serta limpahan aktiviti ekonomi yang memberi nilai tambah serta sesuai dengan budaya masyarakat dan pembinaan jati diri generasi muda.

Syahir berkata demikian ketika dihubungi The Merdeka Times hari ini.

Syed Saddiq sebelum ini menyatakan kekesalannya terhadap pihak yang menimbulkan pelbagai halangan saat kumpulan rock tersebut memilih untuk membuat persembahan di Malaysia.

Jelasnya, Singapura berjaya meraih keuntungan besar apabila kumpulan itu memutuskan untuk membuat persembahan selama enam hari di negara berkenaan.

“Coldplay buat ‘tour’ enam hari di Singapura. Semalam lima hari, hari ini mereka tambah lagi satu tarikh. Malaysia pula nak buat satu konsert pun banyak halangan.
“Kita sebenarnya terlepas loteri ekonomi,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Selasa.

Hantaran beliau itu bagaimanapun mengundang teguran netizen di ruangan komen.

“YB, tak ada konsert pun ekonomi boleh naik. Back to Islamic history please. Jangan dikaburkan dengan duit yang banyak tapi tak berkat. Dunia maju tapi Allah murka buat apa” kata pengguna Instagram, @miss.aizatti tanda tidak setuju dengan pandangan Syed Saddiq.

“Konsert tu sendiri dah haram, even bukan LGBTQ, banyak sangat perkara mungkar jadi depan mata sampai yang haram tak rasa haram, diri dah sebati dengan benda haram sampaikan teguran ulama dianggap jenaka yang menjatuhkan ekonomi negara walhal sumber negara sendiri ada yang datang daripada import arak dan macam-macam lagi” luahan pengguna Instagram @muhmmdikhwan yang berasa kecewa dengan tindakan mengadakan konsert. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *