Antarabangsa
Berang remaja beronani depan isteri dan anak gadisnya, lelaki tembak jiran hingga maut
Seorang lelaki di Idaho, Amerika Syarikat (AS) didakwa membunuh empat jirannya pada 18 Jun lalu yang juga Hari Bapa.
- Majorjon Kaylor, 31, membunuh empat jirannya pada Hari Bapa baru-baru ini di Kellog, Idaho, Amerika Syarikat (AS).
- Mangsa terdiri daripada Kenneth Guardipee, 65, Kenna Guardipee, 41, Devin Smith, 18, dan Aiken Smith, 16.
- Majorjon berang apabila Kenneth dan Kenna tidak mengambil serius apabila dia mengadu tentang kelakuan buruk Devin.
- Devin dikatakan bertelanjang dan beronani di hadapan isteri dan anak-anak gadis Majorjon.
Seorang lelaki di Idaho, Amerika Syarikat (AS) didakwa membunuh empat jirannya pada 18 Jun lalu yang juga Hari Bapa.
Memetik laporan Huffpost, dia bertindak sedemikian selepas seorang remaja lelaki melakukan perbuatan onani di hadapan keluarganya.
Majorjon Kaylor, 31, bertengkar dengan jirannya di Kellog akibat perlakuan remaja berkenaan.
Jirannnya, Devin Smith, 18, dikatakan telah mendedahkan dan menggoyangkan zakarnya lalu beronani di hadapan isteri dan anak-anak gadis Marjorjon melalui tingkap.
Gagal mengawal kemarahan, Marjoron bertindak menembak Kenneth Guardipee, 65, anak perempuannya Kenna Guardipee, 41, dan dua cucu lelakinya iaitu Aiken Smith, 16, dan Devin pada jam 7 malam.
Kenneth, Kenna dan Aiken ditembak jarak dekat sekali di bahagian pelipis kepala kanan menggunakan pistol separa automatik.
Devin pula mengalami beberapa kesan tembakan di kepala, demikian menurut polis tempatan.
Dalam perbicaraan di Mahkamah Majistret Daerah Shoshone, Majorjon memahami pertuduhan terhadapnya serta hukuman maksimum mati atau penjara seumur hidup yang mungkin dia hadapi.
Majorjon berang kerana Kenneth dan Kenna tidak mengambil serius apabila dia mengadu mengenai perbuatan Devin, demikian kata tertuduh ketika disoal siasat Detektif Justin Klitch.
Selain itu, dia juga mendakwa Devin sentiasa memerhatikan anak-anak gadisnya dalam keadaan mencurigakan.
Menurut isterinya, Kaylie Kaylor, mangsa baru berpindah ke apartmen di bawah mereka.
Pada 13 Jun lalu, dia dan anak-anak gadisnya melihat Devin berdiri dalam keadaan bertelanjang penuh sambil beronani di hadapan mereka melalui tingkap.
Majorjon kini ditahan tanpa jaminan atas empat pertuduhan membunuh dan satu pertuduhan pecah rumah.
Perbicaraan awal dijadualkan pada 3 Julai hadapan.
Sumber: Huffpost