Antarabangsa
Russia lancar serangan udara baharu ke Ukraine
Russia melancarkan serangan udara besar-besaran pada waktu malam ke atas Ukraine.
- Russia melancarkan serangan udara besar-besaran pada waktu malam ke atas Ukraine.
- Serangan udara itu menyasarkan kemudahan ketenteraan dan bangunan di Kyiv serta beberapa bandar lain.
- Bagaimanapun, pihak berkuasa Ukraine mendakwa pasukan tenteranya berjaya menembak jatuh 32 daripada 35 dron buatan Iran yang dilancarkan dari wilayah Bryansk di Russia dan Laut Azov.
- Setakat ini, tiada laporan kematian dalam serangan udara dilancarkan Russia.
KYIV: Russia melancarkan serangan udara besar-besaran pada waktu malam ke atas Ukraine.
Serangan udara itu menyasarkan kemudahan ketenteraan dan bangunan di Kyiv serta beberapa bandar lain.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Ukraine mendakwa pasukan tenteranya berjaya menembak jatuh 32 daripada 35 dron buatan Iran yang dilancarkan dari wilayah Bryansk di Russia dan Laut Azov.
Setakat ini, tiada laporan kematian dalam serangan udara dilancarkan Russia.
Ukraine mula melancarkan serangan balas yang mana mendakwa berjaya merampas semula kawasan seluas 113 kilometer (km) persegi daripada tentera Russia.
Tentera Udara Russia menerusi aplikasi Telegram mendakwa pasukan pertahanan udara melakukan serangan di kebanyakan bandar utama di Ukraine.
“Bagaimanapun, sasaran utama serangan dron Iran tertumpu di bandar Kyiv.
“Puluhan dron berjaya dimusnahkan di kawasan ini,” katanya.
Sementara itu, ketua pentadbiran tentera Kyiv, Serhiy Popko berkata, amaran serangan udara diaktifkan di ibu negara dan berlangsung lebih tiga jam.
Beliau bagaimanapun, tidak memperincikan sebarang butiran mengenai kerosakan dialami akibat serangan udara itu.
Gabenor Wilayah Maksym Kozytskiy berkata, serangan itu menyasarkan bangunan penting di kawasan berkenaan.
Sumber: Utusan Malaysia