Connect with us

Antarabangsa

China seru lindungi hak dan kepentingan rakyat Afghanistan

China menyeru supaya bantuan kemanusiaan dan pembangunan terus disalurkan kepada Afghanistan dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi dan menambah baik kesejahteraan rakyat negara itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

China seru lindungi hak dan kepentingan rakyat Afghanistan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • China menyeru supaya bantuan kemanusiaan dan pembangunan terus disalurkan kepada Afghanistan dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi dan menambah baik kesejahteraan rakyat negara itu.
  • Usaha juga perlu diteruskan untuk menggalakkan pentadbiran Afghanistan yang sederhana dan stabil menerusi dialog dan komunikasi.
  • China turut berharap agar Taliban dan pihak-pihak terbabit dapat menyelesaikan isu berkaitan perlindungan hak dan kepentingan golongan wanita menerusi perundingan.

GENEVA — China menyeru supaya bantuan kemanusiaan dan pembangunan terus disalurkan kepada Afghanistan dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi dan menambah baik kesejahteraan rakyat negara itu.

Memetik ucapan wakil China ketika sesi ke-53 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) pada Isnin, usaha juga perlu diteruskan untuk menggalakkan pentadbiran Afghanistan yang sederhana dan stabil menerusi dialog dan komunikasi.

China turut berharap agar Taliban dan pihak-pihak terbabit dapat menyelesaikan isu berkaitan perlindungan hak dan kepentingan golongan wanita menerusi perundingan.

Menurut wakil China itu, amalan merampas aset Afghanistan secara terang-terangan telah memburukkan lagi penderitaan rakyat negara itu termasuk wanita dan kanak-kanak.

Justeru, masyarakat antarabangsa perlu melihat pelbagai cabaran didepani Afghanistan secara menyeluruh, objektif serta dari sudut sejarah dan memastikan hak dan kepentingan seluruh rakyat diberi perlindungan yang berkesan. — BERNAMA-CMG

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *