Connect with us

Antarabangsa

Kemalangan kapal kargo, ratusan minyak masak peket ditemui terapung di perairan Riau

Ratusan minyak masak peket yang ditemukan terapung di perairan Indonesia disebabkan kemalangan kapal kargo pengangkut bahan keperluan asas, menurut Kementerian Perdagangan Indonesia (Kemendag).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

kemalangan kapal kargo menyebabkan ratusan minyak terapung
Foto: Sumber dari video yang tular.
  • Ratusan peket minyak masak dilihat terapung di perairan Indonesia akibat kemalangan kapal kargo.
  • Kejadian melibatkan minyak masak peket berjenama ‘Fortune’ berlaku di wilayah perairan Riau.
  • Kemalangan kapal kargo sering terjadi di perairan itu disebabkan faktor cuaca dan teknikal.

JAKARTA – Ratusan minyak masak peket yang ditemukan terapung di perairan Indonesia disebabkan kemalangan kapal kargo pengangkut bahan keperluan asas, menurut Kementerian Perdagangan Indonesia (Kemendag).

Ketua Pengarah Perdagangan Dalam Negeri Syailendra berkata, kejadian itu yang melibatkan minyak masak peket berjenama ‘Fortune’ berlaku di wilayah perairan Riau.

“Maklumat daripada pengeluar minyak masak, itu kerana kemalangan kapal dan minyak masaknya jatuh ke laut,” kata Syailendra seperti dipetik portal berita detikcom pada Khamis.

Syailendra turut mengirimkan sebuah video kepada detikcom mengenai nahas kapal kargo Aneka Maju yang terjadi di Selat Malaka, perairan Riau.

“Itu bukan di Laut Jawa, itu di Riau. Jadi memang kemalangan. Saat ini masih dicek (periksa),” katanya.

Sejak beberapa hari lepas, tular di media sosial mengenai penemuan ratusan peket minyak masak terapung di perairan Indonesia dan menimbulkan tanda tanya ramai pihak.

Kemalangan kapal kargo sering terjadi di perairan itu disebabkan faktor cuaca dan teknikal.

Pada 5 Mei lalu, empat orang maut apabila sebuah bot laju merempuh bot kayu yang sarat dengan barang keperluan asas di Sungai Piring, Indragiri Hilir, Riau akibat kesukaran melihat kapal lain ketika belayar pada waktu malam.

Pada 10 November 2021, kapal kargo pengangkut bahan keperluan asas tenggelam di Perairan Karimun, Riau disebabkan cuaca ekstrem. 

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *