Connect with us

Terkini

Dakwaan MUDA bersama PH hadapi PRN adalah tidak benar – Ketua Penerangan MUDA

Dakwaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah tidak benar dan persepsi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Haji Amirudin Shari semata-mata.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Dakwaan MUDA bersama PH hadapi PRN adalah tidak benar – Ketua Penerangan MUDA
Foto: Ketua Ketua Penerangan MUDA, Luqman Long.
  • Dakwaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah tidak benar dan persepsi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Haji Amirudin Shari semata-mata.
  • Ketua Penerangan MUDA, Luqman Long berkata ketika ini tiada sebarang rundingan berkenaan kerjasama strategik, jumlah kerusi dan kawasan dibuat antara kedua-dua parti itu.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas poster dimuat naik Facebook (FB) Parti Keadilan Rakyat yang memaparkan petikan kenyataan daripada Amirudin Shari berkenaan kerjasama MUDA dan PH.

KUALA LUMPUR — Dakwaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah tidak benar dan persepsi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Haji Amirudin Shari semata-mata.

Ketua Penerangan MUDA, Luqman Long berkata ketika ini tiada sebarang rundingan berkenaan kerjasama strategik, jumlah kerusi dan kawasan dibuat antara kedua-dua parti itu.

“Saya beranggapan kenyataan dibuat Menteri Besar Selangor jelas bertujuan untuk mengelirukan pengundi dan benar-benar tidak menghormati MUDA.

“Sebarang hal-hal berkenaan urusan Pilihan Raya Negeri MUDA hanya akan diumumkan oleh MUDA, bukan Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas poster dimuat naik Facebook (FB) Parti Keadilan Rakyat yang memaparkan petikan kenyataan daripada Amirudin Shari berkenaan kerjasama MUDA dan PH.

Foto: Tangkap Layar FB Parti Keadilan Rakyat.

Memetik petikan itu, Amiruddin berkata MUDA akan meneruskan kerjasama dengan PH pada PRN ini selaras dengan persefahaman dilakukan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, jumlah kerusi yang bakal ditandingi MUDA mewakili PH pada PRN itu akan diputuskan Majlis Presiden PH.

Pada April lalu, MUDA menjelaskan parti itu perlu menyelesaikan isu penyertaannya bersama PH sebelum membicarakan soal agihan kerusi bagi PRN.
Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata sehingga kini (ketika itu) MUDA tidak dipanggil untuk terbabit dalam soal agihan kerusi pilihan raya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *