Connect with us

Antarabangsa

Lelaki Dalit dibotakkan, dibelasah kerana kahwini gadis kasta lain

Hanya kerana berkahwin dengan gadis dari kasta berlainan, seorang lelaki Dalit dibotakkan dan dibelasah selama hampir tiga jam secara terang-terangan di Telangana, India, lapor The News Minute.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Lelaki Dalit dibotakkan, dibelasah kerana kahwini gadis kasta lain
Foto: Karduram Nandu.
  • Karduram Nandu, 21, merupakan warga masyarakat Madiga berkahwin dengan G Ramitha dari kasta Mudhiraj pada tahun lalu dan menetap di kota Nizamabad.
  • Nandu diikat, dibotakkan dan dibelasah di dataran kampung di Ansanpally kerana telah tidak sengaja mencetuskan kebakaran pada malam isterinya hendak dikahwinkan dengan individu lain.
  • Dalit atau Paria dalam sistem kasta masyarakat Hindu di India merujuk kepada individu yang tergolong dalam kelompok paling rendah dalam sistem kasta (malah ada mengatakannya ia di luar sistem kasta) dan diharamkan untuk disentuh atau ‘untouchable’.

Hanya kerana berkahwin dengan gadis dari kasta berlainan, seorang lelaki Dalit dibotakkan dan dibelasah selama hampir tiga jam secara terang-terangan di Telangana, India, lapor The News Minute.

Karduram Nandu, 21, merupakan warga masyarakat Madiga berkahwin dengan G Ramitha dari kasta Mudhiraj pada tahun lalu dan menetap di kota Nizamabad.

Menurut Arvind yang merupakan sepupu Nandu, insiden malang itu bermula apabila Ramitha melawat ibunya di Ansanpally, tahun ini.

Nandu yang dikatakan tidak dibenarkan berjumpa dengan Ramitha itu kemudian mendapat tahu yang isterinya itu akan dikahwinkan dengan orang lain.

Dia turut diberi amaran oleh keluarga Ramitha untuk menjauhi majlis perkahwinan isterinya yang berlangsung pada 30 Mei lalu.

Pada malam majlis itu, Nandu yang dalam keadaan mabuk telah tidak sengaja membakar tumpukan jerami, kata Arvind.

Mendengar mengenai kebakaran itu, ketua kampung mengarahkan masyarakat Madiga mengurung Nandu di balai raya kampung.

Dia dibawa ke dataran kampung keesokan paginya oleh sembilan penduduk untuk diikat, dicukur kepalanya dan dibelasah.

Selepas hampir tiga jam dibelasah, Nandu ditemui dalam keadaan teruk oleh saudara-maranya yang membawanya ke hospital kerajaan selepas itu.

Menurut Sub Inspektor Indalwai Naresh, pihak polis hanya mendapat laporan mengenai kejadian itu hanya selepas Nandu dimasukkan ke hospital.

“Selain perkahwinan antara kasta dan kebakaran tumpukan jerami, Nandu juga terlibat dalam kecurian kecil-kecilan dan hooliganisme, yang menimbulkan kemarahan penduduk kampung,” katanya.

Naresh berkata pelaku bukan sahaja terdiri daripada lelaki masyarakat Mudhiraj, tetapi juga dari masyarakat Munirkapu dan Padmashali.

Dalit atau Paria dalam sistem kasta masyarakat Hindu di India merujuk kepada individu yang tergolong dalam kelompok paling rendah dalam sistem kasta (malah ada mengatakannya ia di luar sistem kasta) dan diharamkan untuk disentuh atau ‘untouchable’.

Dalit dilarang melakukan pekerjaan, kecuali pekerjaan yang dianggap ‘kotor’ atau ‘tidak bermaruah’ bagi masyarakat kasta tinggi seperti kerja pembersihan, kutip sampah dan buruh binaan.

Sistem kasta di India dilaporkan dimansuhkan pada 1950-an tetapi sistem hieraki sosial berusia 2,000 tahun itu, yang menetapkan kedudukan individu berdasarkan keturunan kelahirannya, masih wujud dalam kehidupan harian masyarakat Hindu di India.

Sumber: The News Minute

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *