Connect with us

Antarabangsa

Penerbangan terus jemaah haji dari Israel ditangguh

Kerajaan Israel menjangka penerbangan terus bagi jemaah haji negara itu ke Arab Saudi, tidak dapat dilaksanakan tahun ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Penerbangan terus jemaah haji dari Israel ditangguh
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan Israel menjangka penerbangan terus bagi jemaah haji ke Arab Saudi, tidak dapat dilaksanakan tahun ini.
  • Arab Saudi sebelum ini mengikut jejak Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain menjalin hubungan dengan Israel pada 2020.
  • Bagaimanapun mereka menangguhkan tindakan susulan kerana penyelesaian keturunan Palestin harus ditangani terlebih dahulu.
  • Israel mempunyai kira-kira 18 peratus penduduk Islam masih berharap penerbangan terus tahun ini, walaupun hari wukuf tinggal kira-kira lapan hari lagi.

BAITULMAQDIS: Kerajaan Israel menjangka penerbangan terus bagi jemaah haji negara itu ke Arab Saudi, tidak dapat dilaksanakan tahun ini.

Arab Saudi sebelum ini mengikut jejak Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain yang menjalin hubungan dengan Israel pada 2020.

Bagaimanapun mereka menangguhkan tindakan susulan kerana penyelesaian keturunan Palestin harus ditangani terlebih dahulu.

“Mungkin untuk haji seterusnya kami dapat membantu perkara ini. Penerbangan terus akan berlepas dari sini,” kata Penasihat Keselamatan Negara, Tzachi Hanegbi.

Israel mempunyai kira-kira 18 peratus penduduk Islam yang masih berharap penerbangan terus tahun ini, walaupun hari wukuf tinggal kira-kira lapan hari lagi.

Sementara itu, pentadbiran Joe Biden menyifatkan normalisasi Israel-Arab Saudi sebagai kepentingan keselamatan Amerika Syarikat.

Perkara berkenaan juga menjadi dasar luar negara utama Israel pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Setiausaha Negara, AS Antony Blinken pernah memaklumkan pentadbiran negara itu akan terus mengusahakan normalisasi.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *