Antarabangsa
Hak tukar jantina rukun teras ajaran Satanisme
The Satanic Temple (TST), pertubuhan yang beroperasi seperti sebuah agama di Amerika Syarikat (AS), menawarkan perkhidmatan “paderi” mereka untuk memberi keterangan bahawa prosedur penukaran jantina sebagai rukun teras ajaran Satanisme.
- The Satanic Temple (TST) menawarkan perkhidmatan “paderi” mereka untuk memberi keterangan bahawa prosedur penukaran jantina sebagai rukun teras ajaran Satanisme.
- TST menawarkan perkhidmatan “Expert Witness Service” atau perkhidmatan penyaksian pakar itu menerusi kenyataan mereka di media sosial pada Rabu lalu.
- Penyaksian pakar TST itu bertujuan membantu ahli transgender TST yang ditindas pihak berkuasa dalam isu pengguguran hak ke atas tubuh badan mereka sendiri.
- Kebelakangan ini, hak transgender menjadi isu dengan ahli politik konservatif di AS berterusan menetapkan limitasi dalam beberapa perkara tertentu membabitkan kelompok songsang itu.
The Satanic Temple (TST), pertubuhan yang beroperasi seperti sebuah agama di Amerika Syarikat (AS), menawarkan perkhidmatan “paderi” mereka untuk memberi keterangan bahawa prosedur penukaran jantina sebagai rukun teras ajaran Satanisme.
TST menawarkan perkhidmatan “Expert Witness Service” atau perkhidmatan penyaksian pakar itu menerusi kenyataan mereka di media sosial pada Rabu lalu.
Perkhidmatan itu bertujuan membantu ahli transgender TST yang ditindas pihak berkuasa dalam isu pengguguran hak ke atas tubuh badan mereka sendiri.
Kebelakangan ini, hak transgender menjadi isu dengan ahli politik konservatif di AS berterusan menetapkan limitasi dalam beberapa perkara tertentu membabitkan kelompok songsang itu.
April lalu, Dewan Perwakilan AS yang didominasi Republikan meluluskan usul melarang lelaki transgender bertanding dalam sukan wanita peringkat sekolah iaitu tindakan yang pengkritik liberal sifatkan sebagai transfobik.
Kekuasaan penuh individu terhadap tubuh badan sendiri merupakan salah satu daripada tujuh rukun dalam kepercayaan Satanisme.
TST mendakwa mempunyai seramai 700,000 ahli di seluruh dunia dan merupakan organisasi yang mempromosikan kebebasan individu, sekularisme dan logik.
The Satanic Temple juga menuntut membina tugu syaitan Baphomet, yang menjadi simbol ritual sembahan mereka, di Oklahoma State Capitol AS.
Sumber: RT