Connect with us

Terkini

Tiada lagi premis judi di Perlis

Kerajaan negeri kekal dengan pendirian untuk tidak menyambung atau memperbaharui lesen mana-mana pengusaha premis judi di negeri ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tiada lagi premis judi di Perlis
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan negeri kekal dengan pendirian untuk tidak menyambung atau memperbaharui lesen mana-mana pengusaha premis judi di negeri ini.
  • Buat masa ini, terdapat enam premis perjudian di negeri ini dan lesen bagi pengusaha terakhir yang menjalankan operasi berkenaan dijadual tamat tempoh pada Mac 2024.
  • Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Fakhrul Anwar Ismail berkata, selepas penamatan tempoh tersebut, tiada mana-mana pengusaha premis judi akan diberikan kelulusan bagi penyambungan lesen operasi mereka selaras dengan polisi baharu dibawa kerajaan negeri.
  • “Saya ingin tegaskan bahawa sikap kerajaan negeri untuk hentikan lesen premis judi ini adalah konsisten sejak dari awal sebagaimana disebut oleh Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli sama ada dalam kenyataan media atau jawapan sewaktu Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini.

KANGAR: Kerajaan negeri kekal dengan pendirian untuk tidak menyambung atau memperbaharui lesen mana-mana pengusaha premis judi di negeri ini.

Buat masa ini, terdapat enam premis perjudian di negeri ini dan lesen bagi pengusaha terakhir yang menjalankan operasi berkenaan dijadual tamat tempoh pada Mac 2024.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Fakhrul Anwar Ismail berkata, selepas penamatan tempoh tersebut, tiada mana-mana pengusaha premis judi akan diberikan kelulusan bagi penyambungan lesen operasi mereka selaras dengan polisi baharu dibawa kerajaan negeri.

“Saya ingin tegaskan bahawa sikap kerajaan negeri untuk hentikan lesen premis judi ini adalah konsisten sejak dari awal sebagaimana disebut oleh Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli sama ada dalam kenyataan media atau jawapan sewaktu Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini.

“Oleh demikian kerajaan negeri sememangnya tidak berhasrat untuk menyambung lesen mana-mana premis judi di Perlis selepas Mac 2024 nanti,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling sebelum ini meluahkan kecewaannya berhubung tindakan kerajaan negeri yang dilihat tidak telus berhubung status lesen premis perjudian di Perlis.

Katanya, kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui lesen pengusaha premis judi di Perlis walaupun sehingga kini tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat.

Mengulas mengenai perkara itu, Fakhrul Anwar berkata, penamatan lesen premis judi berkenaan tidak dibuat secara drastik namun berdasarkan kepada tarikh penamatan tempoh lesen berkenaan.

“Majlis Perbandaran Kangar (MPK) juga telah memberi taklimat lisan dan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada pengusaha terlibat untuk bersedia dan kita ambil pendekatan lunak bagi memastikan tidak timbul kejutan kepada mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Fakhrul Anwar berkata, isu penutupan premis judi ini juga bukannya perkara baharu yang mengejutkan malah pelaksanaannya telah dibuat di beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Kita juga tidak kisah kehilangan hasil menerusi penutupan enam premis judi di Perlis selepas ini.

“Dalam usaha membasmi premis judi di Perlis secara total, kerajaan negeri menerusi MPK turut menjalinkan kerjasama dengan beberapa pihak antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat setempat,” katanya. – UTUSAN

Sumber: Utusan Malaysia

Author