Connect with us

Antarabangsa

Mahkamah India halang Al Jazeera tayang filem keganasan perkauman

Mahkamah di negeri Uttar Pradesh di India menghalang penayangan filem Al Jazeera bertajuk ‘India.…Who lit the Fuse?’, yang menangani isu keganasan anti-Islam di negara itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah India halang Al Jazeera tayang filem keganasan perkauman
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah di negeri Uttar Pradesh di India menghalang penayangan filem Al Jazeera bertajuk ‘India.…Who lit the Fuse?’, yang menangani isu keganasan anti-Islam di negara itu.
  • Panel hakim di Mahkamah Tinggi Allahabad kelmarin, mengarahkan kerajaan India dan Kementerian Penerangan dan Penyiaran mengambil langkah untuk memastikan filem dalam bahasa Arab itu tidak disiarkan melainkan kandungannya diteliti oleh pihak berkuasa, lapor media tempatan.
  • Perintah mahkamah itu menyusuli petisyen yang difailkan oleh seorang aktivis tempatan yang berhujah bahawa dokumentari itu boleh mewujudkan keretakan kaum di negara berkenaan.

NEW DELHI: Mahkamah di negeri Uttar Pradesh di India menghalang penayangan filem Al Jazeera bertajuk ‘India.…Who lit the Fuse?’, yang menangani isu keganasan anti-Islam di negara itu.

Panel hakim di Mahkamah Tinggi Allahabad kelmarin, mengarahkan kerajaan India dan Kementerian Penerangan dan Penyiaran mengambil langkah untuk memastikan filem dalam bahasa Arab itu tidak disiarkan melainkan kandungannya diteliti oleh pihak berkuasa, lapor media tempatan.

Perintah mahkamah itu menyusuli petisyen yang difailkan oleh seorang aktivis tempatan yang berhujah bahawa dokumentari itu boleh mewujudkan keretakan kaum di negara berkenaan.

“Filem itu secara negatif menggambarkan fungsi politik negara India dengan memperlihat mereka bertindak memudaratkan kepentingan minoriti,” kata peguam bagi pempetisyen kepada mahkamah, menurut laporan Hindustan Times. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *