Connect with us

Antarabangsa

Sejuta kanak-kanak Afghanistan jadi buruh

Lebih 1 juta kanak-kanak Afghanistan dikesan menjadi buruh dan melakukan kerja-kerja berbahaya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Sejuta kanak-kanak Afghanistan jadi buruh
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lebih 1 juta kanak-kanak Afghanistan dikesan menjadi buruh dan melakukan kerja-kerja berbahaya.
  • Ketua Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Ramin Behzad berkata, sepanjang tahun 2020 dan 2021 sebanyak 1.06 juta kanak-kanak yang berusia 5 hingga 17 tahun dikesan menjadi buruh di negara itu.
  • “Lebih sejuta daripada kanak-kanak di negara terbabit dengan kerja berat dan hampir dua juta lagi bekerja di jalanan.
  • “Daripada jumlah keseluruhan kanak-kanak di Afghanistan sehingga kini adalah 19.5 juta dan 11.4 juta daripadanya dilaporkan tidak bersekolah.
  • “Semua ini disebabkan faktor kemiskinan dan peperangan selain masalah ekonomi.

KABUL – Lebih 1 juta kanak-kanak Afghanistan dikesan menjadi buruh dan melakukan kerja-kerja berbahaya.

Ketua Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Ramin Behzad berkata, sepanjang tahun 2020 dan 2021 sebanyak 1.06 juta kanak-kanak yang berusia 5 hingga 17 tahun dikesan menjadi buruh di negara itu.

“Lebih sejuta daripada kanak-kanak di negara terbabit dengan kerja berat dan hampir dua juta lagi bekerja di jalanan.

“Daripada jumlah keseluruhan kanak-kanak di Afghanistan sehingga kini adalah 19.5 juta dan 11.4 juta daripadanya dilaporkan tidak bersekolah.

“Semua ini disebabkan faktor kemiskinan dan peperangan selain masalah ekonomi.

“Bahkan dilapor 7.8 juta kanak-kanak tidak bersekolah menyebabkan mereka terbabit dengan kerja-kerja bahaya selain 1.9 juta lagi kerja di jalanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyertai perhimpunan yang dianjurkan PBB sempena Hari Menentang Buruh Kanak-Kanak Sedunia, di Kabul, semalam.

Sementara itu, Ketua Kesatuan Buruh Kebangsaan, Sharaf Hameedi pula berkata, sebahagian kanak-kanak di negara itu kini terpaksa bekerja sehingga 15 jam sehari.

“Mereka tidak sepatutnya kerja lebih daripada 35 jam seminggu namun di sini kanak-kanak terpaksa bekerja lebih daripada 15 jam,” katanya.

Sejak Taliban mengambil alih pentadbiran negara, bantuan antarabangsa kepada negara itu dikurangkan dan beberapa aset negara juga dibekukan.

Tindakan itu sekali gus menyumbangkan kepada kemudaratan ekonomi dan krisis kemanusiaan di negara tersebut.

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *