Connect with us

Terkini

ChatGPT boleh diguna di universiti secara bersyarat – Khaled Nordin

Kerajaan telah menggubal satu garis panduan penggunaan ChatGPT untuk digunapakai di kolej dan universiti di negara ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

ChatGPT boleh diguna di universiti secara bersyarat – Khaled Nordin
Foto: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
  • Kerajaan telah menggubal satu garis panduan penggunaan ChatGPT untuk digunapakai di kolej dan universiti di negara ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
  • Garis panduan baharu itu akan menjelaskan dalam keadaan apa ChatGPT boleh dan tidak boleh digunakan.
  • Khaled berkata ChatGPT akan memberi manfaat yang besar jika digunakan sebagai alat pengajaran.

Kerajaan telah menggubal satu garis panduan penggunaan ChatGPT untuk digunapakai di kolej dan universiti di negara ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata garis panduan itu menjelaskan dalam keadaan apa ChatGPT boleh dan tidak boleh digunakan.

“Kami tidak menolak ChatGPT kerana penggunaan perisian ini sudah menjadi trend, walaupun ia diharamkan di beberapa negara.

“Kami mengedarkan panduan ini kepada universiti dan dalam panduan mempunyai perkara berkaitan yang terperinci,” kata Khalid di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 12 Jun lalu dipetik China Press.

Beliau berkata ChatGPT akan memberi manfaat yang besar jika digunakan sebagai alat pengajaran.

Katanya, Kementerian Pendidikan Tinggi menggalakkan universiti kerajaan bekerjasama menjalankan penyelidikan dan menegaskan hasil kajian akan menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara.

Sumber: China Press

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *