Terkini
Kertas Putih Kesihatan: Caj RM1 masih kekal, KKM akan lihat secara menyeluruh
Skim pembiayaan kesihatan termasuk caj RM1 yang dikenakan di klinik kerajaan menjadi antara kandungan utama Kertas Putih Kesihatan dalam menambah baik sistem kesihatan negara.
- Skim pembiayaan kesihatan termasuk caj RM1 yang dikenakan di klinik kerajaan menjadi antara kandungan utama Kertas Putih Kesihatan dalam menambah baik sistem kesihatan negara.
- Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata setakat ini caj berkenaan masih dikekalkan, bagaimanapun pihaknya akan melihat secara pragmatik selepas Kertas Putih Kesihatan berkenaan dibentang di Parlimen sebelum membuat sebarang perubahan kos pembiayaan.
- “Tidak dinafikan kita pun akan bentangkan nanti Kertas Putih Kesihatan di Parlimen selepas 13 Jun ini dan semua strategi yang akan kita lihat daripada tonggaknya termasuk juga dengan skim pembiayaan kesihatan ini akan juga termasuk dalam semua itu. Maka kita akan melihat satu persatu nanti. Setakat ini (skim) itu masih kekal,” katanya selepas merasmikan Tinjauan Global Terhadap Penggunaan Tembakau Oleh Dewasa (GATS) di Port Dickson pada Ahad.
PORT DICKSON: Skim pembiayaan kesihatan termasuk caj RM1 yang dikenakan di klinik kerajaan menjadi antara kandungan utama Kertas Putih Kesihatan dalam menambah baik sistem kesihatan negara.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata setakat ini caj berkenaan masih dikekalkan, bagaimanapun pihaknya akan melihat secara pragmatik selepas Kertas Putih Kesihatan berkenaan dibentang di Parlimen sebelum membuat sebarang perubahan kos pembiayaan.
“Tidak dinafikan kita pun akan bentangkan nanti Kertas Putih Kesihatan di Parlimen selepas 13 Jun ini dan semua strategi yang akan kita lihat daripada tonggaknya termasuk juga dengan skim pembiayaan kesihatan ini akan juga termasuk dalam semua itu. Maka kita akan melihat satu persatu nanti. Setakat ini (skim) itu masih kekal,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Tinjauan Global Terhadap Penggunaan Tembakau Oleh Dewasa (GATS) di Port Dickson pada Ahad.
Beliau terdahulu mengulas pandangan beberapa pakar kesihatan yang menyifatkan caj rawatan RM1 bagi perkhidmatan kesihatan di premis kesihatan kerajaan dilihat sudah tidak lagi mampu menanggung kos sistem kesihatan negara.
Menurut Pakar Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, banyak faktor yang perlu dipertimbang agar fi sedia ada dipertingkatkan.
Jelasnya, ia perlu demi perkembangan teknologi perkhidmatan, penambahbaikan fasiliti serta kemudahan dan kebajikan kakitangan kesihatan.
Sumber: Astro Awani