Connect with us

Antarabangsa

PBB sokong wujud badan kawal selia AI

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyokong desakan untuk mewujudkan badan kawal selia untuk kecerdasan buatan AI.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PBB sokong wujud badan kawal selia AI
Foto: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.
  • Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyokong desakan untuk mewujudkan badan kawal selia untuk kecerdasan buatan AI.
  • Menurut Antonio Guterres, penubuhan badan itu boleh berfungsi seperti Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
  • “Saya menyokong idea ini, dunia memerlukan agensi untuk memantau kecerdasan buatan. Ia diinspirasikan daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
  • “Saya percaya ada beberapa perkara penting perlu diberi perhatian untuk terus melangkah ke hadapan. Ia memerlukan inisiatif daripada negara-negara anggota. Kami akan menjadi pusat rangkaian dan pergerakan yang akan diwujudkan ini,” katanya.

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyokong desakan untuk mewujudkan badan kawal selia untuk kecerdasan buatan AI.

Menurut Antonio Guterres, penubuhan badan itu boleh berfungsi seperti Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

“Saya menyokong idea ini, dunia memerlukan agensi untuk memantau kecerdasan buatan. Ia diinspirasikan daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

“Saya percaya ada beberapa perkara penting perlu diberi perhatian untuk terus melangkah ke hadapan. Ia memerlukan inisiatif daripada negara-negara anggota. Kami akan menjadi pusat rangkaian dan pergerakan yang akan diwujudkan ini,” katanya.

Teknologi AI, ChatGPT yang dilancarkan enam bulan lalu menjadi aplikasi yang tumbuh paling cepat.

Bagaimanapun, ia mencetuskan kebimbangan teknologi itu akan digunakan untuk menyebar maklumat palsu.

Bagi tujuan ini, Guterres mengumumkan pelan untuk memulakan rangka kerja badan penasihat AI menjelang hujung tahun ini.

Pencipta ChatGPT, OpenAI bulan lalu mencadangkan supaya diwujudkan badan seperti IAEA untuk mengawal selia teknologi AI.

Cadangan in turut disokong Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak yang mahu negara itu jadi pangkalan kawal selia AI global.

Britain dijadual menjadi tuan rumah sidang kemuncak untuk koordinasi antarbangsa bagi menangani risiko AI.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *