Connect with us

Antarabangsa

Klinik rawatan HIV kosong selepas pelaksanaan undang-undang anti-gay Uganda

Pusat rawatan HIV/AIDS di ibu negara Uganda, Kampala, yang lazimnya sesak didapati hampir kosong beberapa hari selepas Parlimen negara itu menggubal undang-undang anti-gay.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli komuniti LGBT Afrika Selatan mengambil bahagian dalam Perarakan Kebanggaan Gay tahunan, semasa Festival Kebanggaan Durban 2019.
  • Pusat rawatan HIV/AIDS di ibu negara Uganda, Kampala, yang lazimnya sesak didapati hampir kosong beberapa hari selepas Parlimen negara itu menggubal undang-undang anti-gay.
  • Menurut kakitangan, purata kemasukan harian 50 pesakit di klinik itu telah berkurang dan ubat antiretroviral tidak habis digunakan.
  • Di bawah rang undang-undang itu, ditandatangani Presiden Yoweri Museveni minggu lalu, perlakuan homoseks boleh dihukum penjara seumur hidup, manakala perlakuan “homoseksual lebih teruk”, termasuk penularan HIV, boleh dihukum mati.

Pusat rawatan HIV/AIDS di ibu negara Uganda, Kampala, yang lazimnya sesak didapati hampir kosong beberapa hari selepas Parlimen negara itu menggubal undang-undang anti-gay.

Menurut kakitangan, purata kemasukan harian 50 pesakit di klinik itu telah berkurang dan ubat antiretroviral tidak habis digunakan.

Menurut laporan Africa News, seorang pegawai perubatan pemastautin di klinik dibiayai Amerika Syarikat (AS) itu memberi amaran gelombang baru jangkitan HIV sedang terbentuk apabila individu terdedah kepada HIV menjauhi pusat rawatan kerana takut untuk dikenal pasti dan ditangkap di bawah undang-undang baharu.

“Komuniti LGBT di Uganda kini sedang berada dalam sekatan pergerakan. Mereka tidak mempunyai perkhidmatan pencegahan. Mereka tidak boleh mengakses kondom… mereka tidak boleh mengakses ARTS (antiretroviral),” katanya.

Di bawah rang undang-undang itu, yang ditandatangani Presiden Yoweri Museveni minggu lalu, perlakuan homoseks boleh dihukum penjara seumur hidup, manakala “homoseksual yang lebih teruk”, termasuk penularan HIV, boleh dihukum mati.

Suruhanjaya AIDS Uganda berkata sehingga tahun ini, klinik Kampala menjadi mercu tanda kejayaan memerangi HIV di Uganda, di mana 1.4 juta individu hidup dengan virus itu dan terdapat sejumlah 17,000 kematian setahun direkodkan akibat penyakit itu.

Dalam pada itu, pesakit yang datang ke klinik pada masa kini selalunya di luar keperluan mutlak.

Oleh itu, kes HIV dijangka menjadi lebih teruk apabila orang ramai mengelak rawatan bagi penyakit tersebut.

Seorang pegawai AS berkata undang-undang itu akan mengubah kemajuan negara Afrika itu dalam memerangi HIV/AIDS.

Foto: Twitter Dr. John Nkengasong.

Kenyataan itu ditegur Perdana Menteri Uganda, Dr Jane Ruth Aceng Ocero yang menegaskan kerajaan tetap memastikan program pencegahan akan kekal dan boleh diakses mereka yang memerlukannya.

Foto: Dr. Jane Ruth Aceng Ocero.

Sumber: Africa News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *