Antarabangsa
Kanak-kanak 11 tahun maut ditembak jiran akibat perebutan hartanah di Perancis
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mati ditembak jiran ketika sedang bermain buaian di rumahnya di Saint-Herbot, Brittany, Perancis
- Solenne Thornon, 11, maut ditembak jiran ketika sedang bermain buaian di rumahnya di Saint-Herbot, Brittany, Perancis.
- Jirannya menerjah masuk membawa senapang ketika keluarga itu sedang mengadakan barbeku dan melepaskan beberapa tembakan.
- Difahamkan, motif pelaku adalah akibat pertikaian berhubung bunyi bising dan sebidang tanah di dusun bandar itu.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mati ditembak jiran ketika sedang bermain buaian di rumahnya di Saint-Herbot, Brittany, Perancis
Memetik laporan Daily Mail, kejadian berlaku pada Sabtu sekitar jam 9 petang
Ketika itu, keluarganya sedang mengadakan barbeku di kediaman mereka apabila jirannya menerjah masuk mengacukan senapang dan melepaskan beberapa tembakan.
Mangsa, Solenne Thornon maut serta merta, manakala ayahnya, Adrien kritikal akibat kecederaan di kepala dan ibunya, Rachel juga tercedera dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Adik perempuannya, Celeste yang berusia lapan tahun merupakan satu-satunya yang terselamat.
Celeste yang bermain bersama Solenne ketika itu, melarikan diri dan meminta perlindungan dari jiran sambil menjerit “kakak saya sudah mati!”.
Kesemua mereka merupakan warga Britain yang menetap di Perancis.
Susulan itu, pelaku melarikan diri dan mengurungkan diri di rumahnya sebelum ditahan bersama isterinya.
Pelaku yang merupakan warga Belanda berusia 71 tahun itu dikatakan berada di bawah pengaruh dadah berdasarkan hasil ujian selepas penahanannya.
Difahamkan, motif pelaku adalah akibat pertikaian berhubung bunyi bising dan sebidang tanah di dusun bandar itu yang berlarutan selama tiga tahun.
Sumber: Daily Mail