Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Netizen selar individu separuh bogel di Perarakan Pride 2023 dipertonton kanak-kanak

Perarakan Pride 2023, yang meraikan kumpulan songsang LGBTQ, mengundang kecaman netizen apabila perarakan melibatkan ramai individu separuh bogel yang dipertontonkan kepada kanak-kanak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Netizen selar individu separuh bogel di Perarakan Pride 2023 dipertonton kanak-kanak
Foto: Perarakan Pride 2023 di Boston
  • Perarakan Pride 2023, yang meraikan kumpulan songsang LGBTQ, mengundang kecaman netizen apabila perarakan melibatkan ramai individu separuh bogel yang dipertontonkan kepada kanak-kanak.
  • Netizen melalui platform Twitter menyelar perarakan kelompok songsang itu dengan menyifatkan perlakuan sebegitu adalah satu penganiayaan terhadap kanak-kanak.
  • Pengguna Twitter lain pula mempersoalkan keperluan ibu bapa mendedahkan elemen seksual yang ada di perarakan Pride kepada anak kecil mereka.
  • Seorang individu yang memuat naik video perarakan itu berkata ibu bapa terbabit perlu dipenjarakan kerana membiarkan perkara tersebut berlaku.

Perarakan Pride 2023, yang meraikan kumpulan songsang LGBTQ, mengundang kecaman netizen apabila perarakan melibatkan ramai individu separuh bogel yang dipertontonkan kepada kanak-kanak.

Berikut merupakan beberapa komentar pengguna Twitter terhadap acara yang dipenuhi elemen sensual itu yang dilaporkan portal Latestly.

“Ini penganiayaan terhadap kanak-kanak.

“Seorang ibu ketawa melihat bayinya yang merenung ke arah seorang transgender seksual eksplisit yang mengikuti perarakan Pride Washington D.C,” demikian ciap @OliLondonTV.

Penganiayaan Kanak-kanak

Foto: Tangkap layar ciapan Twitter @OliLondonTV.

Pengguna Twitter @JesseFrom612 pula menyifatkan perarakan Pride merosakkan kanak-kanak.

“Mengapa ibu bapa mahu mendedahkan anak-anak mereka dengan perkara sebegini? Ada yang menyebut bahawa “Sesetengah kanak-kanak mempunyai dua ibu, atau dua ayah”, dan kemudian ada pula perkara seksual yang eksplisit seperti yang dibawakan perarakan Pride Boston.

“Ini tidak sesuai untuk kanak-kanak, tak kira apa orientasi seksual mereka,” kata Jesse.

Foto: Tangkap layar ciapan Twitter @JesseFrom612.

Pengguna Twitter, Graham Allen pula memberi komentar berkenaan video dimuat naiknya berkenaan perarakan di Boston.

Video itu memperlihatkan golongan transgender berarak bangga dengan pakaian separuh bogel di hadapan kanak-kanak kecil.

“Setiap ibu bapa yang menganiaya anak-anak mereka begini sepatutnya dipenjara!!!

“Saya sangat sedih melihat ramai kanak-kanak di perarakan Pride Boston,” kata Graham.

Foto: Tangkap layar ciapan Twitter Graham Allen.

 

Manakala pada gambar terakhir yang memperlihatkan kanak-kanak turut ikut berarak dalam perarakan itu, seorang pengguna Twitter lain, Stepsin & En Ruta menyuarakan kesedihannya atas apa yang dilihatnya. – The Merdeka Times

Sumber: Latestly

Author