Connect with us

Terkini

(VIDEO) Buang bin/binti dalam sijil lahir anak kini jadi trend ibu bapa

Sebilangan ibu bapa dilihat memilih untuk tidak memasukkan bin atau binti pada sijil lahir atau MyKid anak-anak mereka kerana menganggap ia prosedur merumitkan dan tiada keperluan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Buang bin/binti dalam sijil lahir anak kini jadi trend ibu bapa
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebilangan ibu bapa dilihat memilih untuk tidak memasukkan bin atau binti pada sijil lahir atau MyKid anak-anak mereka kerana menganggap ia prosedur merumitkan dan tiada keperluan.
  • Perkara itu dibangkitkan netizen di Twitter susulan pemilik akaun @ayshardzn membuat ciapan berkongsi foto surat beranak anak perempuannya yang digugurkan perkataan binti.
  • Ciapan itu menimbulkan persoalan ramai, manakala mereka yang bertindak demikian mendakwa urusan di luar negara menjadi lebih mudah dengan menggugurkan bin/binti.
  • Kebanyakkan mereka menyokong perkara itu dengan mendakwa urusan formaliti seperti mengisi borang di lapangan terbang dan pendaftaran sistem di luar negara menjadi sukar kerana mereka hanya ada tempat mengisi nama ‘First Name’ dan ‘Surname’. 
  • Malah ada yang mengatakan pernah dipanggil ‘Miss Binti’ oleh individu lain dan menyifatkan menggunakan perkataan bin atau binti sebagai tidak ‘style’.

KUALA LUMPUR – Sebilangan ibu bapa dilihat memilih untuk tidak memasukkan bin atau binti pada sijil lahir atau MyKid anak-anak mereka kerana menganggap ia prosedur merumitkan dan tiada keperluan.

Persoalannya, adakah tindakan yang dilihat menjadi trend sebahagian ibu bapa masa kini itu, baik atau sebaliknya.

Perkara itu dibangkitkan netizen di Twitter susulan pemilik akaun @ayshardzn membuat ciapan berkongsi foto surat beranak anak perempuannya yang digugurkan perkataan binti.

Menerusi ciapan itu, terdapat beberapa pengguna Twitter lain turut berkongsi perkara sama di mana ada antara mereka enggan meletakkan kedua-dua perkataan itu pada nama anak mereka yang baru lahir.

“Hanya mengambil masa sejam mendaftar kelahiran anak perempuan saya hari ini. Tidak kecoh untuk menggugurkan binti daripada namanya juga tidak seperti ketika kami mendaftarkan anak perempuan pertama saya 5 (lima) tahun lalu….” katanya menerusi ciapan pada Rabu lalu.

Foto: Tangkap layar ciapan Twitter @ayshardzn

Ciapan itu menimbulkan persoalan ramai, manakala mereka yang bertindak demikian mendakwa urusan di luar negara menjadi lebih mudah dengan menggugurkan bin/binti.

Kebanyakkan mereka menyokong perkara itu dengan mendakwa urusan formaliti seperti mengisi borang di lapangan terbang dan pendaftaran sistem di luar negara menjadi sukar kerana mereka hanya ada tempat mengisi nama ‘First Name’ dan ‘Surname’. 

Malah ada yang mengatakan pernah dipanggil ‘Miss Binti’ oleh individu lain dan menyifatkan menggunakan perkataan bin atau binti sebagai tidak ‘style’.

I stayed in Syd few years back. Kalau ada urusan dekat any office, hospital etc, they called me “Binti;” because my last name starts with binti. Even if I’d dropped the Binti, they’ll call me Mohamad,” ulang ciap pengguna Twitter, @nxnxsxlxnx.

“Sebab bila nak register mana-mana overseas tak menyusahkan kalau tak nak nama jadi Miss Binti,” ulang ciap pengguna Twitter, @demoiselledian.

“Kalau di luar negara, nama yang ada bin/binti susah sikit. Nak letak nama first name and surname jadi orang akan keliru. Kalau di luar negara pun mereka akan pening nama kita which part. Also mereka akan pening juga which one nama keluarga,” ulang ciap pengguna Twitter @Haikal_RM.

Namun terdapat kelompok beranggapan membuang bin/binti akan menyukarkan individu lain mengenal pasti jantina individu itu dan ia lebih menyulitkan jika meletakkan nama uniseks seperti Noor Aiman.

Menurut mereka tanpa bin/binti juga akan menimbulkan salah faham apabila individu itu akan dianggap anak luar nikah.

Pada 2017, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed memaklumkan bila mana seseorang kanak-kanak Islam itu dilahirkan, ibu bapa akan diberikan draf sijil kelahiran untuk mereka isi di mana kebiasaanya anak itu akan mendapat bin/binti dalam sijil tersebut. 

Bagaimanapun, sekiranya ibu bapa ingin menggugurkan perkataan itu dan mempunyai alasan yang munasabah mereka perlu membuat permintaan kepada pendaftar untuk mengetepikannya.

Beliau turut memaklumkan penggunaan bin/binti bagi mereka beragama Islam adalah sangat penting kerana ia dapat menentukan nasab (kebapaan) anak-anak itu, yang akan memberi kesan kepada perkara berkaitan mahram (kerabat haram dinikahi), harta pusaka, wali dan undang-undang lain yang berkaitan. — The Merdeka Times

Sumber: Twitter @ayshardzn, Malaymail 

Author