Antarabangsa
‘Biarawati’ pondan dijemput Badan Perundangan California sempena Pride Month
Badan Perundangan Negeri California, Amerika Syarikat (AS) menjemput seorang ratu pondan yang mendakwa dirinya seorang biarawati sebagai penerima penghormatan rasmi Pride Month.
- Seorang ratu pondan yang mendakwa dirinya seorang biarawati, Sister Roma dijemput ke Badan Perundangan Negeri California, Amerika Syarikat (AS)
- Dia dijemput Senator San Francisco, Scott Wiener untuk menerima penghormatan rasmi Pride Month.
- Sister Roma merupakan ahli Sister of Perpetual Indulgence, kumpulan aktivis LGBTQ yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘biarawati’.
Badan Perundangan Negeri California, Amerika Syarikat (AS) menjemput seorang ratu pondan yang mendakwa dirinya seorang biarawati sebagai penerima penghormatan rasmi Pride Month.
Sister Roma dijemput Senator San Francisco, Scott Wiener untuk diraikan dalam satu majlis di ibu kota negeri itu, demikian lapor ABC7 News.
Menerusi satu video dikongsikan di laman Instagram, Roma turut dijemput Scott untuk memberi ucapan di dalam majlis itu.
“Berada di lokasi ini di mana semua keputusan dibuat yang mempengaruhi kehidupan kita setiap hari, terasa penting dan memberi kesan.
“Jadi untuk diiktiraf di sini sangat bermakna bagi saya, tetapi juga untuk menjadi komuniti LGBTQ secara amnya,” kata Roma dalam ucapannya.
Sister Roma ialah ahli Sister of Perpetual Indulgence, kumpulan aktivis LGBTQ yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘biarawati’.
Lapan Senat Republikan meminta Scott untuk menarik balik jemputan Roma, namun permintaan itu ditolak.
Jemputan itu sekaligus menimbulkan kemarahan ramai penganut Kristian yang berhimpun di ibu kota untuk berdoa sebagai tanda bantahan.
“Kami tidak membantah. Kami tidak menjerit dan membuat bising. Kami hanya berdoa,” kata salah seorang yang hadir.
“Jika mereka mempersenda biarawati, mengabdikan diri untuk menyelamatkan orang miskin hari ini, apakah yang menghalang penggubal undang-undang daripada mempersenda saudara dan saudari Yahudi kita, saudara dan saudari Islam kita,” kata Jonathan Keller selaku Presiden Majlis Keluarga California.
Roma menyifatkan mereka yang membantah bersikap membenci golongan transgender dan homoseks.
Sumber: Instagram RT, ABC7 News