Connect with us

Antarabangsa

10 terbunuh serangan universiti Khartoum

Sekurang-kurangnya 10 warga Congo terbunuh dalam serangan ke atas sebuah kampus universiti di Khartoum, menurut agensi berita Middle East Monitor (MEMO).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

10 terbunuh serangan universiti Khartoum
Foto: Tentera Sudan mengebom kampus Universiti Antarabangsa Afrika pada Ahad lalu.
  • Sekurang-kurangnya 10 warga Congo terbunuh dalam serangan ke atas sebuah kampus universiti di Khartoum, menurut agensi berita Middle East Monitor (MEMO).
  • Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Filippo Grandi berkata, pihaknya berusaha menyelamatkan mangsa lain yang melarikan diri dan memberikan sokongan kepada mereka.
  • “Semua orang awam berada dalam bahaya di Sudan. Senjata mesti disenyapkan jika ingin menyelamat nyawa serta menghantar bantuan,” katanya.
  • Menteri Luar Congo, Christophe Lutundula berkata, tentera Sudan mengebom kampus Universiti Antarabangsa Afrika pada Ahad lalu.

KHARTOUM, 19 Zulkaedah 1444H, Khamis – Sekurang-kurangnya 10 warga Congo terbunuh dalam serangan ke atas sebuah kampus universiti di Khartoum, menurut agensi berita Middle East Monitor (MEMO).

Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Filippo Grandi berkata, pihaknya berusaha menyelamatkan mangsa lain yang melarikan diri dan memberikan sokongan kepada mereka.

“Semua orang awam berada dalam bahaya di Sudan. Senjata mesti disenyapkan jika ingin menyelamat nyawa serta menghantar bantuan,” katanya.

Menteri Luar Congo, Christophe Lutundula berkata, tentera Sudan mengebom kampus Universiti Antarabangsa Afrika pada Ahad lalu.

Susulan itu, Lutundula menuntut kerajaan Sudan menjelaskan situasi yang berlaku, termasuk memulangkan mayat warganya yang terkorban.

Sejak pertengahan April, angkatan bersenjata Sudan dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) bertempur untuk mengawal negara itu, sehingga mengakibatkan 1,800 orang terbunuh.

Sejak konflik itu, terdapat juga kerajaan yang tidak dapat membawa balik rakyatnya di negara itu meskipun kebanyakan berusaha untuk berbuat demikian.

Pelbagai usaha gencatan senjata gagal diadakan dan pada hujung Mei, rundingan antara kedua-dua pihak di Jeddah juga menemukan jalan buntu apabila saling menuduh melanggar perjanjian itu.

PBB berkata, hampir 1.4 juta orang kini kehilangan tempat tinggal sejak pertempuran bermula.

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *