Antarabangsa
Trauma dicabul, budak 7 tahun takut berkahwin
Seorang lelaki warga Singapura dijatuhi hukuman penjara satu tahun dua bulan selepas mencabul seorang gadis berusia tujuh tahun di dalam lif, lapor portal berita Mothership Selasa lalu.
- Seorang lelaki warga Singapura (penghantar barang) dijatuhi hukuman penjara satu tahun dua bulan selepas mencabul seorang gadis berusia tujuh tahun di dalam lif, lapor portal berita Mothership, Selasa lalu.
- Pada 8 november 2022, dia memasuki sebuah lif bersama mangsa yang sedang dalam perjalanan pulang bersama ibunya kira-kira pukul 1.31 tengah hari (waktu tempatan).
- Dia kemudian bergerak ke belakang mangsa dan menyentuh punggung kirinya sebelum pintu lif tertutup. Ibu mangsa kemudian membuka pintu lif dari luar lalu mangsa terus menangis dan menceritakan perkara yang berlaku.
- Menurut pihak pendakwaan, mangsa kini takut untuk menaiki lif seorang diri dan takut kepada lelaki secara umumnya, terutamanya yang memakai baju hitam serta bertatu.
- Mangsa juga memberitahu ibunya bahawa dia tidak mahu berkahwin dan enggan membenarkan ibunya berkahwin dengan mana-mana lelaki.
SINGAPURA – Seorang lelaki warga Singapura dijatuhi hukuman penjara satu tahun dua bulan selepas mencabul seorang gadis berusia tujuh tahun di dalam lif, lapor portal berita Mothership Selasa lalu.
Menurut dokumen mahkamah, Boo Chee Peng, 38, merupakan seorang penghantar barang ketika kejadian itu berlaku.
Pada 8 november 2022, dia memasuki sebuah lif bersama mangsa yang sedang dalam perjalanan pulang bersama ibunya kira-kira pukul 1.31 tengah hari (waktu tempatan).
Mangsa berlari ke hadapan lif dan Chee Peng memasuki lif itu di belakangnya bersama troli barangan. Apabila mangsa bertanya dia mahu ke tingkat berapa, Chee Peng tidak menjawab.
Dia kemudian bergerak ke belakang mangsa dan menyentuh punggung kirinya sebelum pintu lif tertutup.
Ibu mangsa kemudian membuka pintu lif dari luar lalu mangsa terus menangis dan menceritakan perkara yang berlaku.
Menurut pihak pendakwaan, mangsa kini takut untuk menaiki lif seorang diri dan takut kepada lelaki secara umumnya, terutamanya yang memakai baju hitam serta bertatu.
Mangsa juga memberitahu ibunya bahawa dia tidak mahu berkahwin dan enggan membenarkan ibunya berkahwin dengan mana-mana lelaki.
Sumber: Kosmo