Antarabangsa
Jemaah haji diingatkan tidak terlalu banyak ‘selfie’ di depan Kaabah
Ketika beribu-ribu umat Islam dari seluruh dunia mula berpusu-pusu ke Makkah untuk menunaikan haji, Jawatankuasa Pengelola Haji (PPIH) Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia menggesa jemaah haji mengelak daripada berswafoto secara berlebihan di hadapan Kaabah.
- Jawatankuasa Pengelola Haji (PPIH) Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia menggesa jemaah haji mengelak daripada berswafoto secara berlebihan di hadapan Kaabah.
- Jurucakap PPIH Pusat, Akhmad Fauzin pada sidang media pelaksanaan ibadah haji di Jakarta berkata, swafoto akan mengganggu ibadah itu.
- “Mengambil terlalu banyak swafoto di hadapan Kaabah akan mengganggu kekhusyukan ibadah anda dan juga jemaah haji yang lain (ritual),” kata Akhmad.
Ketika beribu-ribu umat Islam dari seluruh dunia mula berpusu-pusu ke Makkah untuk menunaikan haji, Jawatankuasa Pengelola Haji (PPIH) Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia menggesa jemaah haji mengelak daripada berswafoto secara berlebihan di hadapan Kaabah.
Menurut laporan About Islam, Jurucakap PPIH Pusat, Akhmad Fauzin pada sidang media pelaksanaan ibadah haji di Jakarta berkata, swafoto akan mengganggu ibadah itu.
“Mengambil terlalu banyak swafoto di hadapan Kaabah akan mengganggu kekhusyukan ibadah anda dan juga jemaah haji yang lain (ritual).
“Dengan itu dalam fikiran, jawatankuasa sentiasa mengingatkan jemaah haji supaya mengekalkan tumpuan terhadap ibadah haji sepanjang berada di Tanah Suci, khususnya semasa aktiviti di Masjidil Haram.
“Tolong elakkan daripada melakukan terlalu banyak aktiviti yang tidak berkaitan dengan ibadah,” kata Akhmad.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, demam ‘selfie’ melanda jemaah haji dan pengunjung ke dua masjid suci di Makkah dan Madinah.
Desakan untuk mendokumentasikan setiap pergerakan di masjid-masjid suci Makkah dan Madinah serta berkongsi detik berharga dengan rakan-rakan dan keluarga di media sosial menyebabkan lebih ramai jemaah menggunakan telefon di kedua-dua masjid suci itu berbanding dahulu.
Bercakap tentang swafoto, ulama Syeikh Abdul Razzaq Al-Badr memperingatkan agar tidak mengambil foto semasa haji.
“Apabila Nabi (SAW) sampai ke Miqat baginda akan berkata ‘Ya Allah jadikanlah ini haji tanpa riya (menunjuk-nunjuk) dan tanpa cuba didengari’,” kata Syeikh Abdul.
Walau bagaimanapun, pihak lain berkata imej-imej itu adalah alat penting dakwah (menyeru kepada Islam) untuk dikongsi dengan jiran, rakan sekerja dan rakan-rakan di zaman yang terdapat begitu banyak imej buruk tentang Islam.
Sumber: About Islam