Connect with us

Terkini

SKMM pertimbang sekat Telegram

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap platform media sosial Telegram, termasuk menyekat platform itu, untuk memerangi aktiviti jenayah siber.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

SKMM pertimbang sekat Telegram
Foto: Ketua Pegawai Kawal Selia SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin.
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap platform media sosial Telegram, termasuk menyekat platform itu, untuk memerangi aktiviti jenayah siber.
  • Menurut China Press, Ketua Pegawai Kawal Selia SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin berkata Telegram menjadi salah satu daripada lima platform teratas membabitkan aktiviti jenayah siber berbanding dengan kedudukan 11 teratas dari 2019 hingga 2020.
  • “Langkah tegas mesti diambil untuk melindungi penggunanya. Kami mempunyai undang-undang yang mesti dipatuhi. Telegram tiada saluran atau pihak rasmi yang boleh dihubungi bagi menyatakan sebarang isu berbangkit mahupun membuat susulan,” kata Zulkarnain ketika ditemu bual di program TV Selamat Pagi Malaysia pada 5 Jun lalu.
  • Baru-baru ini, Telegram dijemput SKMM untuk membincangkan isu jenayah siber domestik yang semakin meningkat, namun Telegram enggan menghadiri mesyuarat beberapa kali.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap platform media sosial Telegram, termasuk menyekat platform itu, untuk memerangi aktiviti jenayah siber.

Menurut China Press, Ketua Pegawai Kawal Selia SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin berkata Telegram menjadi salah satu daripada lima platform teratas membabitkan aktiviti jenayah siber berbanding dengan kedudukan 11 teratas dari 2019 hingga 2020.

“Langkah tegas mesti diambil untuk melindungi penggunanya. Kami mempunyai undang-undang yang mesti dipatuhi. Telegram tiada saluran atau pihak rasmi yang boleh dihubungi bagi menyatakan sebarang isu berbangkit mahupun membuat susulan,” kata Zulkarnain ketika ditemu bual di program TV Selamat Pagi Malaysia pada 5 Jun lalu.

Beliau berkata Telegram lebih mudah disalah guna penjenayah siber kerana ia tidak memerlukan pendaftaran atau kelayakan (credential) untuk masuk ke kumpulan sembang di samping tiada pihak rasmi mengawal platform itu.

“Keadaan ini menjadikan Telegram sebagai platform pilihan penjenayah siber untuk beralih daripada ‘dark web’ (sesawang gelap) kepada Telegram,” katanya.

Baru-baru ini, Telegram dijemput SKMM untuk membincangkan isu jenayah siber domestik yang semakin meningkat, namun Telegram enggan menghadiri mesyuarat beberapa kali.

Sumber: China Press

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *