Terkini
“Tiada keperluan luluskan cuti haid,” – Datuk Seri Siti Zailah
Ketika ini tiada keperluan untuk pihak kerajaan meluluskan cuti ‘haid’ bagi pekerja wanita yang mengalami masalah tersebut kerana cuti sedia ada telah mencukupi.

- Tiada keperluan untuk kerajaan melaksana dan meluluskan cuti haid.
- Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata cuti sedia ada sudah mencukupi.
KUALA LUMPUR – Ketika ini tiada keperluan untuk pihak kerajaan meluluskan cuti ‘haid’ bagi pekerja wanita yang mengalami masalah tersebut kerana cuti sedia ada telah mencukupi.
Demikian kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Siti Zailah Mohd. Yusoff berhubung pertanyaan M. Kurupaiya (PH-Padang Serai) yang ingin tahu adakah kerajaan berhasrat untuk mewujudkan cuti haid bagi pekerja wanita yang sakit sehingga tidak boleh melakukan kerja mereka.
“Tiada keperluan untuk kerajaan melaksana dan meluluskan cuti haid kerana cuti sedia ada sudah mencukupi,” jelasnya ringkas di Dewan Rakyat hari ini dipetik Kosmo.
Sumber : Kosmo
